Dah tak buat, sabotaj pula. Apakah 7 projek itu?

Pengurusi PERDA, Datuk Azhar Ibrahim kata sejak  (DAP ) pegang Pulau Pinang, 7 projek yang membabitkan hampir 5000 unit umah tak dapat dilaksanakan sebab tak diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri yang di monopoli oleh LGE. 

Selain tu, sebuah projek perumahan PERDA sebanyak 300 unit rumah kos rendah di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau yang telah siap setahun lalu cuba di gagalkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang ( MPPP ).

" Kerajaan negeri banyak kerenah dengan memberikan pelbagai alasan yang tak logik. Mereka melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang ( MPPP ) enggan memberikan CF ke atas projek itu dengan menjadikan isu sungai & parit sebagai punca sedangkan ia dibawah kuasa Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ), selain mengarahkan kami meninggikan jalan di situ. Rumah yang disediakan untuk golongan berpendapatan rendah sudah siap tapi tak dapat di jual kerana tidak di berikan CF ".

Berikut adalah 6 lokasi projek perumahan PERDA yang enggan di luluskan oleh
( DAP ) Pulau Pinang :

1) projek pembangunan bercampur hotel 13 tingkat, 160 unit pangsapuri serta 313 unit rumah kos rendah & sederhana di Mukim 2, Teluk Bahang di kwasan seluas 6 hektar. Pelan perancangan dikemukakan ke MPPP pada 6/9/2007.

2)projek perumahan bercampur 512 unit di Mukim 11, Sungai Batu, daerah Barat Daya di kawasan seluas 10 hektar. Pelan dikemukakan pada 25/3/2008.

3)projek perumahan bercampur 2407 unit di Mukim 6 & 8, Pongsu Seribu, Penaga, seluas 142.4 hektar. Pelan dikemukakan pada 3/6/2011.

4)projek perumahan bercampur 677 unit di Mukim13, Tok Alang,Tasek Gelugor seluas 27.3 hektar. Pelan dikemukakan pada 9/12/2011.

5)projek perumahan bercampur 287 unit di Mukim 8, Pongsu Seribu, Penaga, seluas 14.7 hektar. Pelan dikemukakan pada 3/2/2012.

6)projek perumahan bercampur 718 unit di Mukim 13, Tok Alang, Tasek Gelugor, seluas 40 hektar. Pelan dikemukakan pada 31/10/2012.

No comments:

Post a Comment