Panass.. Bekas Pengarah Pilihanraya Pas seru semua ahli Pas sokong BN!!



Kecewa melihat perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar, mendorong bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Shokri Md. Nor, 68, memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Shokri yang juga Bekas Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Pas kawasan Pasir Puteh tanpa berselindung turut tampil di pentas ceramah UMNO dan meminta rakyat mengundi BN dan UMNO yang beliau sifatkan tunjang perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.

Sambil menegaskan beliau masih ahli Pas, Shokri yang mengetuai jentera pilihan raya Pas DUN Semerak pada 2004 berkata, perjuangan parti itu pada masa kini amat menyimpang, selain melakukan pelbagai bentuk kezaliman kepada rakyat Kelantan.

Malah katanya, pakatan Pas dengan DAP sehingga sanggup menghalalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, akan hanya menyebabkan parti itu diperkudakan.

"Saya bukan ahli UMNO dan sekarang saya masih lagi anggota Pas. Namun saya terpanggil untuk bersama UMNO apabila menyaksikan pelbagai penyimpangan perjuangan Pas dari landasan yang sebenar.

"Apa lagi kezaliman kerajaan negeri (pimpinan Pas) dan wakil rakyatnya yang tidak berperikemanusiaan merampas tanah hak milik rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri sendiri.

"Perjuangan dalam Pas kian berubah berbanding ketika saya masih utuh, kuat dan teguh menyokong Pas. Dahulunya tanah satu sudupun saya tidak pernah minta kerana hak milik itu perlu diberikan kepada golongan miskin yang memerlukannya.

"Tetapi sekarang ia menjadi aset kepada ahli keluarga pemimpin Pas dan kroni-kroninya," katanya ketika berceramah di Cherang Ruku di sini malam tadi. - 

2 comments:

Anonymous said...

"..anda dilahirkan bersama bangsa, tapi tidak bersama parti...bangsa alat perpaduan, parti alat perpecahan.." dari falsafah ketikketok.

Anonymous said...

Apabila sijahil nak berdakwah ,,,jadi macam ni lahhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...