Boo Sama Md Saboo.. Pengundi siam difitnah Pengundi Hantoo..


A.S cadang masyarakat Siam pakat-pakat pi kerumun Mat Sabu dan ludah muka dia ramai-ramai sebagaimana yang Nik Aziz pernah cakap.
Orang macam ni baru layak diludah sebab jenis bodoh sombong tak siasat dulu. Bukannya orang yang ajak penyatuan Islam perlu diludah bak kata Nik Aziz.
Perangai sebijik macam AlJuburi (dia yang mula kata) jenis tak boleh terima taqdir kekalahan..

Mat Sabu ni biadab kerana menuduh masyarakat Siam sebagai pengundi hantu dan menyebabkan beliau kalah di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, tindakan Mat Sabu itu telah mengundang kemarahan masyarakat Siam yang sudah lama menetap di kawasan tersebut.

Malah, katanya, Mat Sabu tidak layak menjadi calon di kawasan tersebut memandangkan beliau sendiri tidak memahami sejarah masyarakat Siam dan demografi penduduk di Pendang. '"Mat Sabu memang tidak layak bertanding di kawasan ini kerana soal penduduk pun beliau tidak arif. Tidakkah beliau tahu masyarakat Siam di Pendang adalah yang tertinggi di negara ini dan sudah berkurun-kurun mereka menetap di situ?

 Beliau yang baharu datang terkejut apabila lihat ramai masyarakat Siam keluar mengundi dan tuduh mereka pengundi hantu. Ini cuma mendatangkan kemarahan masyarakat.

SUDAH KALAH KALAHLAH....

2 comments:

  1. Tanya sikit Mat Sabu ye: Siapa nama Pengundi siam dan nombor kad pengenalan yang mengundi dalam PRU 13 yang lalu?
    Bagi contoh SATU nama.

    ReplyDelete
  2. Kami masyarakat Siam Di Kedah tidaklah termakan umpan- umpan manifesto PR yang terlalu di awan-awangan, sesuatu yang mustahil PR boleh lakukan. Walaupun ramai anak2 muda Siam bekerja di luar kawasan, tapi pilihanraya Kali ni kami balik Beramai-ramai untuk tumbangkan PR. Kami masyarakat Siam kedah menentang sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu yang tidak berasas. Agaknya beliau buta sejarah masyarakat Siam di Kedah.

    ReplyDelete