Lagi Kisah Akibat Kebiadaban Azran Botak Si Tanggang..

Pecacai Dap seronok dengan stetment Azran

Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya.

Menurut Utusan, Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.

Quote:
‘Utusan’: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Rani Omar minta maaf

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

Awang Selamat dalam ruang kolum tersebut mendakwa harga iklan yang diberikan kepada AirAsia adalah terlalu murah dan tidak memberikan sebarang keuntungan kepada Utusan Malaysia, malah lebih rendah daripada iklan-iklan kecil yang lain.

“Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik berkata dalam akhbar tersebut.

Selain itu, Awang Selamat juga mencadangkan Utusan Malaysia supaya menerima permohonan sebarang iklan daripada syarikat penerbangan tambang murah itu selagi Azran tidak meminta maaf kepada akhbar milik Umno tersebut.

“Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan,” kata Awang Selamat lagi.

Dalam ruangan kolum Mingguan Malaysia hari ini, Awang Selamat berkata AirAsia sepatutnya bersyukur kerana Utusan Malaysia tidak pernah menulis atau mengkritik mereka dengan artikel negatif.

“Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan AirAsia,” kata Awang Selamat yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.

Dalam ruang itu lagi, Awang Selamat juga membuat perbandingan antara AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), yang mana menyifatkan MAS sebagai memiliki khidmat yang lebih baik dan kental nasionalismenya.

“Kepada yang berbudi kita berbahasa, terutama penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya,” kata Awang Selamat lagi.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.

Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

“Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?,” Abdul Rahman dilaporkan berkata.

13 comments:

  1. Does Cik Puan Rafidah be included in the roll of honour for Umno Veterans?

    ReplyDelete
  2. Air Malindo lebih baik dari asir asia..go for air malindo..no hidden cost

    ReplyDelete
  3. Siapa yang kayakan Air Asia? Tentunya pembaca utusan Malaysia. Oleh itu marilah semua pembaca utusan Malaysia, gunakan Penerbangan MAS. Biar bayar lebih sikit, kebajikan dan keselamatan penumpang terjamin. Nak cerita pengalaman saya semasa pulang dari sabah selepas menghadiri mensyuarat disana. Dlm ramai2 kami ada yg memilih naik MAS dan ada yg memilih naik Air Asia. SAya naik MAS. Semasa hampir nak berlepas, kami dimaklumkan penerbangan MAS terpaksa ditunda kerana cuaca buruk.Tetapi kawan2 yg naik Air Asia dah berlepas. Apa maksudnya? Air Asia tak peduli apa2 kemungkinan yg berlaku semasa penerbangan dlm keadaan cuaca buruk. Saya kata kat kawan2 yg sama2 naik MAS, bersyukurnya kita memilih untuk naik MAS. Yg ke dua, selama kita menunggu penerbangan, kami disediakan makanan percuma sebagai token kerana terpaksa menunggu. Alangkah berhemahnya perkhidmatan mereka. Tahniah MAS. Teruskan perkhidmatan yang baik ini.

    ReplyDelete
  4. yesss... airasia always delay flite... fcuk the botak.. then stewardess plak is nearby to expired.

    ReplyDelete
  5. Air Asia tak memerlukan iklan di Utusan Melayu pun,,,buat malu aja,,,,

    ReplyDelete
  6. Ahli-ahli veteran pun dah tua-tua dan uzur. Duduk rumah je sepanjang masa dan keluar kat media apabila dipanggil buat statement.

    Rasanya berapa ekor je yang naik kapal terbang Air Asia atau MAS.

    Tunggu masa untuk naik kereta jenazah mungkin ler.

    Air Asia ada bisnes tu tak?

    ReplyDelete
  7. lol.. utusan mmg tak adil pun.. nk muntah bl baca utusan yg 100% berat sebelah asyik duk citer sokong politik bn.. slalu bc pun terus buka berita ekonomi/dunia/sukan buang masa bc berita tempatan.. Kepada editor utusan, sudah2 lah bodek kerajaan bn tu..

    ReplyDelete
  8. terang terang dah mengaku utusan suka sorok and pilih cerita, baik boikot utusan aje baca komik kalau nak pilih cerita... heheh..
    "Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan AirAsia,” kata Awang Selamat "

    ReplyDelete
  9. booooooooiiiiikottttttttttttttttt air asia..............

    ReplyDelete
  10. Saya dah browsed Malindo Air...memang betul tak de charge tersembunyi (no hidden cost)...sume charges dan tax dikira sekali dalam total tambang penuh dan dipaparkan secara terang. Saya dan keluarga akan balik kampung di Utara tanahair pada cuti sekolah ni dan kami akan naik Malindo Air yg akan beroperasi dari 3 Jun 2013. Tambangnya pun murah, sgt berpatutan utk kami sekeluarga!!

    ReplyDelete
  11. jangan baca utusan! baca haramkah daily, pembela pelingkup pas & islam, berita sangat tepat & berilmu, khas utk ahli tolol saja. haramjadah onlinelah yg membela melayu selama ni sejak sebelum merdeka lagi. hidup air malindo & mas, boikot Aiasia X.

    ReplyDelete
  12. boikot lah sesama hampa.. badut+sarkas= UMNO.. hahahah

    ReplyDelete
  13. Admin blog ni mmg sebodoh bodoh manusia lar..

    ReplyDelete