Penipuan & Auta Pakatan berkaitan ekonomi yang perlu anda tahu dan sebarkan..




Anda semua boleh menilai sendiri betapa mereka memanipulasikan fakta. Dua keyataan yang berbeza. Saya sangat kasihan. Sudah lah data yang di paparkan itu salah. Mereka juga kata masa Anwar jadi menteri kewangan deficit tak ada. Malahada surplus lagi. Tapi yang peliknya, masa anwar jadi menteri kewangan tu, siapa yang jadi perdana menteri? Adakah Anwar pernah jadi perdana menteri? Sekali pon dia jadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri, dia kena ikut cakap siapa? Dia nak buat sesuatu pun dia kena bincang dengan ketua dia. Dan ketua dia pada masa tu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi sudah tentu lah dia kena bincang dengan Tun. Ini baru kita boleh kata “ lembu punya susu,sapi dapat nama”.. jadi saya tak bangga pon kalau zaman Anwar jadi menteri kewangansemuanya ok sebab beberapa perkara:-


1. Masa dia anwar jadi menteri kewangan, Tun jadi perdana menteri. Sudah tentu lah buah fikiran di kongsi bersama dan umum semua tahu buah fikiran tu tersangatlah bernas dan berfaedah. Dan umum tahu Anwar belajar ekonomi dari Tun dan yang lain-lain.

2. Anwar jadi menteri kewangan sebelum krisis kewangan asia pada tahun 1998. Malah pada tahun 1996, kerajaan mengalami defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran RM12.3 billion manakala pada tahun 1997,deficit akaun semasa kerajaan meningkat sebanyak RM1.1 billion dan menjadikan jumlahnya RM13.4 billion. Inimenunjukkan bahawa Malaysia telah terkena kesan negative dari krisis kewangan pada suku keempat tahun 1997.Pada masa tersebut, pertumbuhan permintaan dalam negeri menjadi rendah dan kejatuhan harga saham

3. Pencapaian ekonomi Negara masa anwar jadi menteri kewangan 15 tahun dahulu tak boleh di bandingkan dengan zaman sekarang kerana cabaran yang di hadapi sekarang sangat berbeza. Masa zaman anwar kebanyakkan negara mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik kerana tidak berhadapan dengan krisis ekonomi global sekarang ini. Pada masa anwar jadi menteri kewangan, pada zaman itu tiada siapa yang bercakap mengenai ekonomi kreatif, inovasi dan pengurusan nilai seperti yang berlaku sekarang. Krisis ekonomi pada masa sekarang jauh lebih teruk dari krisis ekonomi pada tahun 1933.

4. Kalau nak di bandingkan pertumbuhan ekonomi kita dengan eropah, UK dan USA pada masa sekarang ini, kita jauh lebih laju meninggalkan mereka. Malah IMF sendiri memuji Negara kitakerana pandai urus tadbir ekonomi.


Deficit bajet Negara berlaku akibat kerajaan mengambil peranan utama daripada sector swasta dalam usaha untukmerangsang ekonomi dan memulihkan keyakinan rakyat serta pelabur semasa waktu sukar. Bajet deficit berlaku apabila pertumbuhan ekonomi menjadi lembap dan sector swasta pula mengundur sebab tak berkeupayaan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan dalam masa yang sama kemelesetan jauh lebih teruk dari itu, makamodel ini di cabar dengan kerajaan perlu memainkan peranan yang di lihatmelalui polisi-polisi fiscal untuk menentukan pertumbuhan ekonomi tidakterjejas. Mengenai dakwaan pembangkang yang telah membuat gamba rajah seperti yang saya sertakan, saya nak tanya kepada pihak pembangkang, betul atau tidak carta yang mereka buat tu? Atau hanya sekadar rekaan? Di sini saya sertakan graf saya untuk menongkah dakwaan pihak pembangkang.




Anda semua bandingkan data seperti yang pihak pembangkang keluarkan dengan data yang telah saya sertakan. data ini saya ambil dari BNM. Saya scan dan saya paparkan di sini. Anda lihat dan nilai antara kedua-dua data ini. Dalam data yang di sediakan oleh pihak pembangkang, dia tulis latest deficit ialah 5.3% sedangkan pada masa sekarang deficit ialah 4.5%. Pada tahun 2013 ini kerajaan mengunjurkan deficit akan menurun kepada 4%. Spin lagi jangan tak spin.. dan dalam data mereka buat tu juga tunjuk deficit pernah naik jadi 7.4% pada tahun 2010. Anda semua tengok padagraf yang telah saya sertakan. ada atau tidak graft u tunjuk lebih dari 7%? Paling tinggi pon 6.7%. jadi anda semua nilai lah sendiri.

Hye All. I'm Dr. Addin. Penulis artikel ini. Mengenai hutang negara 53.5%, kerajaan mempunyai dasar iaitu menetapkan hutang negara mestilah tidak melebihi 55% daripada KDNK. Sejak 1970-an lagi, pengurusan defisit negara amat baik.

Tidak pernah sesekali default atau tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang. Pada 1980-an, pertumbuhan ekonomi negara juga bagus. Masih ada defisit waktu itu tetapi pertumbuhan negara terus meningkat. Maka dari 1971 hingga 1980-an menerusi polisi yang dipraktiskan, bajet defisit terus berjalan seiring dengan dasar-dasar serta projek-projek untuk menjana ekonomi meningkat sehinggakan negara berjaya mencapai dua digit pertumbuhan 10 dan 11 peratus pada 70-an.

Sebenarnya tidak perlu kita risau hutang dalaman 53.7 peratus itu kerana yang penting pinjaman itu dari dalam negara. Kalau kita pinjam dalam mata wang sendiri, kita tidak mungkin bankrap. Yang penting ialah keupayaan untuk membayar balik, ada pertumbuhan ekonomi dan pinjaman itu adalah dalaman.

Dalam hal ini, kita tidak berhutang daripada pihak luar tetapi melalui contohnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan beberapa lagi yang membeli bon yang dikeluarkan kerajaan. Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita. Unjuran defisit 4.5 peratus daripada KDNK masih berada dalam lingkungan tahap normal.

Apa yang dilihat sebagai keutamaan adalah trend, yang mana kini menunjukkan penurunan kadar hutang sekaligus menandakan perkembangan positif dalam perkembangan ekonomi negara. Kerajaan memberi tumpuan kepada mengurangkan bajet defisit dalam Bajet 2013. Kerajaan akan cuba turunkan dalam setahun dua ini ke peringkat 3 peratus. Jadi belanjawan juga harus melihat kepada perkara ini yang mana ia boleh mengurangkan lagi bajet defisit . Kata kunci yang penting adalah trend kita naik atau turun.


Tapi trend nampak menurun. Itu bagus sebab perkara macam ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang cepat. Kalau kita mengurangkan sangat aspek perbelanjaan, ia juga tidak membantu mengembangkan ekonomi. Terdapat beberapa strategi yang boleh di ambil oleh kerajaan bagi menangani beban hutang awam. Sebenarnya, satu cara adalah dengan perbelanjaan berhemah.


Itu sebab kita buat projek atau aktiviti ekonomi yang pertamanya mendatangkan hasil, keduanya berbelanja secara berhemah, dan ketiga laksanakan projek itu secara berkesan. Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu cabang dalam meningkatkan pendapatan negara. Sekiranya program tersebut dilakukan secara terus di peringkat komuniti, impak dan manfaat yang dinikmati golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan lebih menyerlah.

Dalam mencapai misi tersebut juga, kajian menyeluruh terhadap kesan program-program tersebut ke atas dua golongan rakyat tersebut juga perlu dilakukan. Ini sepatutnya area yang patut kita buat kajian dengan mendalam.


Apakah kesan, yang penting impak. Betul ia mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan. tapi impak kepada keseluruhan tu macam mana. Itu saya rasa kena buat kajian mendalam. Kalau ada ETP yang menggalakkan perkembangan ekonomi di peringkat komuniti, itu sebenarnya memberikan impak secara langsung dan berkesan kepada masyarakat terutama di luar bandar.




Sebelum kita nak blame mana-mana pihak khususnya jika mau bercakap pasal hutang negara...boleh sahaja tapi tolong beri maklumat yg betul dan telus.Sebelum nak bercakap pasal hutang negara...kena asingkan hutang ini kepada dua...INTERNAL DEBT vs EXTERNAL DEBT.

Utk makluman,Jepun yg punya hutang negara 200% dr KDNK mrka,masih dianggap stabil...mengapa bgni?Krna itu jika nak bercakap pasal hutang negara ni,study dulu yg mana INTERNAL DEBT dan yg mana EXTERNAL DEBT.Usah kita tonjolkan sikpa ketidakcerdikan kita pada ramai org hanya gara-gara mau berkempen.

Greece yg punya hutang negara 80% shja dr KDNK sdh menghampiri bankrap...pasal apa?Pasal majoriti hutang negara itu dtg dr EXTERNAL DEBT.Skrg lihat graf kanan statistik bgimana baiknya pengurusan kerajaan dlm menangani EXTERNAL DEBT.Nak nmpk lagi cantik,ambil hutang besar EXTERNAL DEBT dan tahun,cari average nilai matawang dlm tahun itu dan compare dgn hutang besar EXTERNAL DEBT tahun lain,cari average nilai matawang tahun itu dan sila buat comparison.

Nak sampai maklumat pada org ramai,biar lah adil dan saksama.Jadi sila asingkan dr angka 546,015 tu INTERNAL DEBT brapa dan EXTERNAL DEBT nya pula brapa?
Sekian Terima Kasih.


sumber

No comments:

Post a Comment