Adakah ini pengarah drama yang disyaki mencabul dan mengadakan hubungan sex pelakon wanita???
Pengarah drama, Abdul Rahim Awang membuat laporan di Balai Polis Melawati dekat sini petang Isnin selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru.
Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia nekad membuat laporan polis selepas kata-kata fitnah yang dilemparkan Ezany melalui media telah menjatuhkan maruahnya.
"Apa yang telah dia (Ezany) lakukan telah memalukan saya sekeluarga.
"Kenyataannya itu juga telah mengundang persepsi negatif oleh masyarakat umum terhadap saya.
"Usia saya sudah 64 tahun. Adakah sesuai saya melakukan perkara sedemikian (mencabul)?" katanya.
Tambah Rahim dia memberikan tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) bagi menuntut Ezany membuat permohonan maaf secara terbuka.
Katanya jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.
"Saya mahu dia membuat kenyataan minta maaf kepada dua akhbar utama dan kemudiannya meminta maaf kepada saya.
"Bukan itu sahaja, dia juga perlu membuat sidang akhbar membersihkan semula nama saya yang tercemar ini.
"Jika tidak, tindakan undang-undang pula akan diambil," tegasnya.
Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim.
Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaiti Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Ffarrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu Ezany yang dihubungi berkata, dia tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kepada Rahim kerana yakin berada di pihak yang benar.
"Saya tidak perlukan masa seminggu untuk memikirkan sama ada mahu meminta maaf kepada dia (Rahim) atau tidak.
"Buat apa saya perlu meminta maaf kepadanya? Saya bagi tempoh masa sehari sahaja untuk dia keluarkan surat saman.
"Sepatutnya dia perlu berfikir panjang sebelum buat keputusan untuk menyaman saya," tegasnya. MSTAR
No comments:
Post a Comment