Azhar Idrus & Zahazan Muhammad Punca Kemenangan PAS Akan Dibatalkan?


Antara kata-kata kempen Ustaz Azhar Idrus di poster yang didakwa BN mempengaruhi daripada segi kerohanian dan agama
Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah 
membatalkan kemenangannya.

No comments:

Post a Comment