@chegubard makan hati bila lihat gambar-gambar ini..
Dun Sungai Acheh di dalam kawasan Nibong Tebal pernah menjadi terkenal pada Pru13 yang lalu berikutan berlakunya pertembungan sesama sendiri di dalam pakatan iaitu Pkr diwakili oleh Chegu bArd orang luar yang angkuh manakala Pas diwakili oleh Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu Yusni Mat piah. Namun dengan izin Allah, calon BN iaitu Dato Mahmud Zakaria Menang dengan majority 808 undi.
Gambar-gambar diatas dirakamkan semasa YB Dato' Mahmud Zakaria semasa bersama rakyat bertempat di dalam kawasan beliau.
Ini sesuatu yang amat biasa kerna sememangnya menjadi rutin harian YB Dato' Mahmud sebagai seorang wakil rakyat kawasan Sungai Acheh sejak dari tahun 2008 lagi yang mudah dijumpa oleh sesiapa.
Namun kali ini, YB mengambil pendekatan untuk turun sendiri ke akar umbi mengikut jadual di lokasi yang strategik di dalam kawasan Dun Sungai Acheh.
Beliau bersama pegawai Pejabat Adun Sungai Acheh turun ke tempat-tempat yang telah di jadualkan sebagai pusat khidmat bergerak untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang diwakili beliau.
Macam ini baru rupa wakil rakyat. Benar benar kerja dan khidmat untuk rakyat bukannya 24 jam berpolitik tak habis habis sebagaimana YB pakatan.
Jom kita lihat..
JADUAL PUSAT KHIDMAT BERGERAK N21 SUNGAI ACHEH
Isnin - Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh, Taman Ilmu - 9.00 pagi - 5.00 ptg
Selasa - Pejabat JKKKP Sungai Acheh, Dewan Perda - 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Rabu - Kedai Encik Saad bin Ali, Tanjung Berembang - 9.00 pagi - 12.00 tgh
Khamis - Kedai Bidi Roti Canai, Sungai Setar Kechil - 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Jumaat - Kedai Adam Bahulu, Batu 4 Sungai Bakau - 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Makan hati dan gigit jari le bro..
ReplyDeleteKihkihkih