Hot,! Blog Popular Pembangkang Ditutup Secara Rasminya Kerana Tak Masyukk?



Tulang Besi pemilik laman pro pembangkang, malaysiawaves.net mengumumkan penutupan lamannya berkuat kuasa pada 18 Jun.
“Atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan, Tulang Besi mengisytiharkan bahawa Tulang Besi terpaksa menutup blog Tulang Besi.
“Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah bersama dengan Tulang Besi selama ini.
“Doakan Tulang Besi berjaya dalam hidup Tulang Besi selama ini,”katanya dalam posting terakhir bertajuk “Pengumuman Penting Dari Tulang Besi.”
Blog darah-satria mendedahkan Tulang Besi adalah nama pena kepada Abdul Rahman Abdul Talib.
Blogger itu dilihat sealiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad.
“Menyerang hampir kesemua pimpinan PAS Pusat kecuali yang ada hubungan dengan kumpulan erdogan dalam Pas. Beliau akan memuji dan melambung tinggi serta membela pimpinan dari kumpulan erdogan. Lebih khusus lagi beliau menyerang Pas Terengganu habis-habisan. Bahasanya pedas, kotor, dan jijik.
“Apabila Dr Hassan Ali dipecat dari Pas, antara manusia paling gembira dalam dunia ini ialah TulangBesi@Rahman Talib. Segala dendam dan marahnya terhadap Hassan Ali seolah-olah sudah terbayar. 

Oleh kerana Hassan Ali tidak beri dia jawatan politik dalam kerajaan negeri Selangor, TulangBesi@Rahman Talib amat marah dan terus menerus serang Hassan Ali. Padahal TulangBesi@Rahman Talib ini adalah pegawai khas kepada Hassan Ali sebelum PR menang di Selangor.
“Draf surat dari Abdul Rahman Talib kepada Pas pusat untuk singkirkan Hasan Ali, Nasharudin dan Harun Din –>http://dc191.4shared.com/doc/HyaWBJPZ/preview.html,”-AIDC

No comments:

Post a Comment