Mustahil! Kata Pesuruhjaya Tinggi Bangla..


Mustahil warga Bangladesh mengundi PRU13

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh hari ini menyifatkan dakwaan rakyatnya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia 5 Mei lalu sebagai tidak masuk akal.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman berkata, pejabatnya tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut. "Propaganda mengenai rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU13 hanyalah rekaan semata-mata oleh beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita.

Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi. Beranggapan ia sebagai 'manipulasi politik', Atiqur berkata, rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu.

Ini Possible!!!

No comments:

Post a Comment