Berita Baik Untuk Perokok. Harga Rokok Bakal RM16 Sekotak??
Cadang harga rokok RM16 sekotak
KUALA LUMPUR 20 Julai – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.
Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.
Ahli Majlis MCTC, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.
“Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Bernama
A.S NAK TANYA, ADAKAH INI SOLUSI TERBAIK KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN BILANGAN PEROKOK TEGAR SERTA MENINGKATKAN HASIL KUTIPAN CUKAI???
MAKA AKAN BERTAMBAH KAYA LA TOKEY ROKOK,BERTAMBAH LA JUMLAH BONUS/DIVIDEN AHLI LEMBAGA PANGARAH SYARIKAT ROKOK.MAKA BERTAMBAH KAYAP LA AKU PEROKOK TEGAR.PRU 14 NI AKU DAH NAK BERALIH ARAH KESEBELAH SANA PULAK LA..
ReplyDeleteNampaknya perokok yg dibenci2 menjadi penyumbang cukai yang besar kepada kerajaan...tu pun nak marah lagi...
ReplyDelete