Dalang Pembawa Masuk Senjata Api, Punca Berlakunya Semakin Banyak Kes Pembunuhan Kebelakangan Ini Dikenalpasti?

Pic hiasan


Polis telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran.

"Mana ada senjata banyak seperti itu di sini. Kalau ada di sini semua didaftar. Ia mesti datang dari negara lain," katanya kepada pemberita selepas sidang media khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2013 di sini Isnin.

Bagaimanapun, katanya maklumat mengenai jumlah rampasan akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya pasukan khas itu ditubuhkan susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api akhir-akhir ini.

Katanya polis memandang serius kes tembakan yang sering berlaku akhir-akhir ini termasuk kes tembak pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan di Jempol, Negeri Sembilan Sabtu lepas.


Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Bernama, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman, Datuk Huzi Mohamed.
- BERNAMA


A.S kata syabas kepada pihak polis dan teruskanlah menjejaki pihak yang bertanggungjawab terhadap banyak kes tembakan yang semakin menjadi jadi di Malaysia kebelakangan ini sehingga menimbulkan persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap tahap keselamatan di negara ini. Terbukti, Polis memang sentiasa 24 jam buat kerja bukannya hanya memeluk tubuh sahaja.

Sama-sama lah menyokong polis dalam menangani jenayah... Bukan sama - sama memburukkan khidmat mereka... Kalau tak rakyat sendiri yg menyokong siapa yg nak sokong...sebab tu penjenayah rasa diri mereka disokong oleh anasir-anasir negatif..

No comments:

Post a Comment