Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam satu sidang media mengesahkan lelaki berkenaan menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.
“Kami masih menyiasat,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.
Dalam pada itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.
Menurut kenyataan, anggota tentera itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak.
Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kalau budak askar atau tentera kena tahan dibilik tahanan ni memang teruk layananya .....adakalanya kejam dan tidak berperikemanusiaan .adakalanya dipukul dengan teruk ,dan macam macam lagi .tapi semua cerita itu tersimpan kemas sebab tiada angota tentera yang berani kehadapan untuk mendedahkanya .
ReplyDeleteAku btl2 xboleh trima dgn kmatian dia mcm nie!!
ReplyDelete