Ralat. Aku terpedaya dengan auta red bean army.



Aku memohon maaf atas artikel aku tempohari di sini. Ternyata aku terpedaya dengan mainan dan fitnah red bean army. Lihatlah betapa gigihnya mereka meracuni minda rakyat Malaysia dengan suka menghasut dan benci membenci. Selurh alam maya di fb, blog dan lain lain mereka sebarkan iklan palsu yang tak bertanggungjawab ini. Mereka hanya ingin meruntuhkan imej syarikat GLC konglomerat Malaysia yang ternyata hebat terbukti.

Tesco di "MALAYSIA" milik Sime Darby telah disabotaj oleh sesetengah pihak yang tidak pernah terjadi dalam sejarah syarikat Tesco Malaysia sebelum ini, bahawa Tesco telah mempromosikan arak sebagai barangan promosi Ramadhan di brochure mereka.


Setelah dilakukan siasatan oleh rakan rakan, ternyata perkara ini adalah palsu sama sekali! Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah promosi Tesco Malaysia yang mempromosikan arak. Dalam rentetan isu yang sama, Giant DAP pernah mendapat kontroversi tentang promosi arak di Giant DAP pada bulan Ramadhan dahulu, tetapi pada tahun ini Giant DAP tidak lagi berbuat demikian

Sekali lagi ralat dari pihak aku dinatas artikel Tesco tempoh hari. Berhati hatilah pabila membaca dan menerima sesuatu berita. Puak pakatan sentiasa berfikir bagaimana untuk buat auta kepada seluruh rakyat jelata. 

2 comments:

  1. Ko pu lain kali siasat dulu jgn kire nak hentam je. Harap dijadikan penhajaran buat ko dan bloger lain

    ReplyDelete
  2. kesian nye kat anon 9:23pm....

    ReplyDelete