Siti Mariana Abdullah mahu kembali kepada agama Hindu. PR Sokong Kuat?


SEREMBAN – Seorang bakal ibu Siti Mariana Abdullah, 24, yang akan melahirkan anak sulung dalam tempoh empat bulan lagi, merayu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI) Negeri Sembilan agar beliau dibenarkan keluar dari agama Islam. 

Nama asal beliau ialah N Santhi ketika beragama Hindu.  Beliau menceritakan kronologi di sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P Gunasekaran (DAP). Siti Mariana menceritakan bagaimana keretakan dan kerenggangan hubungan antara ibubapa menyebabkan ibubapanya berpisah di mana ibu Siti Mariana telah meninggalkan bapa beliau dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam sepuluh tahun lepas. 

“Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya dibawa bersama mengikut ibu. Bapa kandung pula patah hati dan selepas lebih kurang dua tahun, bapa kandung saya meninggal dunia. “Ketika berumur 15 tahun saya diislamkan secara paksa dan tanpa kerelaan hati. Saya hanya bersama ibu dan bapa tiri untuk tempoh yang singkat iaitu lebih kurang dua tahun dan saya kemudiannya keluar rumah meninggalkan ibubapa tersebut. 
“Saya mempunyai tujuh adik beradik iaitu empat perempuan dan tiga lelaki termasuk saya. Kesemua adik beradik saya beragama Hindu kecuali saya. 

Adat dan budaya 

“Setelah mengenali P Praganathan, 38, yang beragama Hindu dan dengan persetujuan pihak keluarga lelaki dan mengikut adat dan kebudayaan Hindu saya berkahwin dengannya lima tahun lepas. “Saya kemudiannya menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai wanita Hindu dengan mengikut tatacara dan kebudayaan Hindu baik dari segi pakaian, sembahyang di kuil Hindu, memasak dan memakan makanan yang tidak halal, mengikat ‘thali’ di leher dan sebagainya seperti wanita Hindu yang lain. 

“Suami saya dan keluarga ibubapa mertua saya adalah golongan yang berpegang kuat dalam amalan Hindu dan memiliki kuil sendiri di rumah. “Saya benar-benar meminati agama Hindu dan ingin meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita Hindu dan mengamalkan agama Hindu secara sukarela dan saya tidak mahu mengamalkan agama Islam yang bukan menjadi pilihan saya.

 “Justeru itu saya memohon agar JHEAI mempertimbangkan permohonan pengistiharan keluar dari agama Islam,” kata Siti Mariana. Siti Mariana juga mendakwa bahawa beliau kini berada dalam keadaan tertekan. Setelah disahkan mengandung, seorang doktor di Klinik Kesihatan Senawang memberitahu anak yang bakal beliau lahirkan nanti akan diambil oleh JHEAI kerana beliau mengamalkan agama Hindu.  

Suaminya pula memang seorang penganut agama Hindu. “Malah nama suami saya juga telah dipotong dalam buku ‘Rekod Kesihatan Ibu,” jelas Siti Mariana. Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang turut hadir di dalam sidang akhbar itu berkata kerajaan harus tangani masalah ini dengan segera kerana ramai yang mengalami nasib yang serupa seperti dialami oleh Siti Mariana.

 “Persetujuan menukar agama perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibubapa, barulah ianya pragmatik dan praktikal. Kedua, penukaran agama dalam kes ini membabitkan gadis yang berusia 16 tahun ketika itu. “Saya sendiri ada kendalikan sekurang-kurangnya lima kes seperti ini di Ipoh,” kata Kulasegaran yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah tiga Adun DAP, Cha Kee Chin (Bukit Kepayang), Ng Chin Tsai (Temiang) dan J Arulkumar (Nilai). -FMT

 A.S kata,Pada dasarnya memang dah murtad pun, tak kira apalah agama asal bila sudah memeluk Islam, nak kembali ka agama asal murtad lah namanya, semestinya dijatuhi hukum mengikut garis panduan hukum Islam. 

Korang lihatlah, bendera mana dibelakang tu yang kuat support bab-bab ni!
Tu pun orang Islam pakatan tak sedar lagi hal hal macam ni jika pakatan memerintah dimana kedudukan Islam di Malaysia pada masa itu.

Apapun, biarlah mahkamah yang menentukan. Jangan pula aada pecacai pakatan cakap undang-undang di malaysia memudahkan untuk murtad.



2 comments:

  1. Siti Mariana Abdullah adalah salah saorang makhluk yang tiada pegangan ugama sebenarnya. Samada Islam atau Hindu.

    Dalam ceritanya, dia berkahwin dengan saorang Islam, siapa suaminya, apa nama suami yang Islam tu dan dia ditinggal atau diceraikan oleh suaminya yang Islam itu ka. Jika dah dicerai, ada ka surat cerai serta Pejabat Ugama mana yang mengeluarkan surat cerai itu. Ceritanya terputus disitu, tiba-tiba dia berkahwin pulak dengan saorang yang beragam hindu.

    Ok lah, kita tak tahu dalam ugama hindu, perlukah bukti surat cerai, jika dia nak dikahwinkan. Dalam Islam perlu.

    Satelah bermacam hal yang dilakukan, termasuk kahwin dengan seseorang beragama hindu, ini bermakna dia telah murtad, terkeluar dari Islam.

    Sekarang dia minta dari MUI untuk keluar Islam dan menganut ugama hindu dan disamping itu pulak dia mendakwa MUI akan mengambil anak dalam kandungannya. Anak dalam kandungai berumur beberapa bulan itu hasil dia bersetubuh dengan sapa. Dengan suami Islam tak tahu bila ditinggalkan. Mungkin dengan suami sekarang yang berugama hindu.

    Yang nak dijadikan isu politik oleh puak-puak DAP ni, apa masaalahnya?. Ada pihak mana yang tidak betul ka.

    Atau sengaja puak DAP yang tiada isu sengaja hal itu nak dijadikan isu. BN/UMNO ada salah ka.

    ReplyDelete
  2. Yg pelik dan menarik itu adalah ttg dakwaan “Siti Mariana Abdullah” yg dia kena paksa masuk Islam? Siapa yg mendera dia utk masuk Islam? Sbb kita orang Islam pun tak faham macamana nak paksa orang bukan Islam utk masuk Islam? Islam ini umpama orang yg jatuh cinta, sbb utk bercinta seseorang itu harus kenal dgn yg mahu dicintainya. Utk itu dia mesti cari maklumat atau Ilmu ttg Islam itu sendiri utk dihalusi logik atau tidaknya ugama islam ini.

    Tentang paksaan itu selalunya mereka yg ingin diislamkan akan meminta utk diIslamkan barulah dia bolih menerima dgn redha segala rukun dan syarat didalam penerimaan itu (Kalau ada kes kena paksa anda bolih buat laporan polis di mana-mana balai polis yg terdekat). Islam ada rukun yg kita semua bolih Nampak/ dengar (zahir) dan rukun Iman yg manusia tidak nampak (Bathin- Cuma Allah shj yg tahu). Kegagalan mana-mana manusia utk meyakini mana-mana rukun yg tertera maka belumlah dia menerima Islam itu. Sbb itu ada lafaz akad Shahadah … penerimaan bahawa tiada Tuhan lain selain Allah. Sifat Allah adalah seperti yg diterangkan didalam surah Al Ikhlas.

    Mungkin orang bolih dipaksa utk kahwin tetapi kita belum terjumpa kes orang kena paksa utk masuk Islam. Jalan keluar dari kemelut yg mungkin ada matlamat politik jahat ini adalah dgn memahami maklumat ttg ugama Islam dan Hindu itu sendiri. Biarkan yg empunya diri fikir selepas memahami sendiri ttg perbezaan ugama Islam dan kefahaman ritual Hindu itu.

    Saya pernah melihat ceramah seorang Penceramah India bekas sami Hindu didalam youtube. Nama Islam beliau adalah Ustaz Mohammad Fitri Abdullah. Tertarik saya penerangan beliau ttg kenapa tuhan Hindu ada berkepala gajah. Kisahnya tuhan Hindu bernama Krishna ada isteri bernama Parvathi. Mereka khabarnya duduk dikayangan, nak dijadikan cerita satu hari Krishna ingin merantau jauh yg memungkinkan beliau meninggalkan rumah pada jangka masa yg lama.

    Tanpa mengetahui bahawa isterinya telahpun mengandung maka Krishna pun memulakan perjalanan jauh dan meninggalkan isterinya Parvati di kediaman mereka- tidak dibawanya bersama. Sebab terlalu lamanya Krishna meninggalkan rumah, akhirnya Parvathi pun melahirkan seorang anak dan diberi nama Ganesha.

    Suatu hari Krishna pun kembali utk pulang kerumah dari perantauan. Apabila dia ingin memasuki rumah, beliau telah dihalang oleh seorang kanak-kanak. Beliau terlalu marah dgn budak itu dan tanpa mengetahui bahawa kanak-kanak itu adalah Ganesha (anak Krishna sendiri) beliau telah memancung kepala Ganesha. Parvathi tidak sedar dgn perkara itu sbb beliau sedang mandi menurut cerita ini. Beliau sangat marah dgn Krishna sbb telah memancung kepala Ganesha dan kepala anaknya itu telah terpelanting jauh dan sukar utk ditemui lagi.

    Hulubalang istana telah dikerah utk mencari kepala anak mereka yg telah hilang itu. Sbb sukarnya utk menemui kembali kepala Ganesha yang telah hilang itu maka mereka memancung kepala anak gajah yg mereka temui didalam hutan. Kepala gajah itupun disambungkan kembali dgn tubuh Ganesha kerana badanNya masih “hidup”.

    Begitulah kisah fahaman Hindu utk kita kongsi bersama. Yg menariknya ustaz Fitri ada beritahu kalau Krishna sendiri pun tak kenal dgn anaknya Ganesha mana mungkin Krishna bolih tolong dia sekiranya dia mohon pertolongan?

    Memang banyak persoalan yg bolih ditimbulkan ttg fahaman Hindu ini terutama sekali ttg sifat Pencipta yg sepatutnya. –Masyallah. Biarkan lah kita semua fikir sendiri ye.

    ReplyDelete