Terkini. Petisyen Batalkan Keputusan PRU13 Pertama Dari Pakatan Diumumkan, Gagal!!


KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.
   
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
   
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.
   
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
   
Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi

No comments:

Post a Comment