IPOH - Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat.
Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya.
Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih. Kerajaan Negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini keluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan. Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri. -PDO
nak juga bertazkirah, buat lepas habis tarawikh dan witir, bukan inbetween.
ReplyDeleteyg sebok nak tazkirah tu jahil,tazkirah pilihanraya sepanjang tahun masih nak menyebok lagi waktu org nak bertarawih.lepas tu kata wajib tazkirah , kepala bapak dia.. sebenarnya buat kuliah dlm masjid pakai mikropon pon salah sbb mengganggu jemaah lain , bukan semua dtg masjid nak mengaji, ada yg nak solat, berzikir dan lain2 lagi.. buat pengumuman barang hilang pon salah dlm masjid , baca lah sirah islam banyak sikit
ReplyDelete