Video Hantu Baja Dicekup Tersebar..




Sabak Bernam: Misteri kehilangan baja di beberapa kampung di daerah ini terungkai selepas sekumpulan penduduk memberkas ‘hantu baja’ yang sering berkeliaran di kampung mereka sebelum ini.

Usaha memberkas penyangak berusia 31 tahun itu menghadapi sedikit kesukaran kerana lelaki berkenaan turut bersenjatakan parang dan mengacukan ke arah penduduk kampung sebelum akhirnya berjaya diberkas.

Menceritakan kejadian kira-kira jam 6.30 petang di di Kampung Parit 6 ½ Timur, Sungai Besar, kelmarin, Shahrani Shahbuddin, 27, berkata, penjenayah cuba melawan ketika mahu diberkas menyebabkan berlaku pergelutan antara penduduk.

“Ketika cuba menangkap lelaki itu, dia yang kesakitan selepas terbabas dalam sawah mengacukan parang ke arah kami. Dia terbabas selepas dikejar penduduk yang melihat perbuatannya melarikan empat kampit baja.

“Dia membawa baja berkenaan menggunakan motosikal menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dalam sawah ketika mahu membelok di satu simpang,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, selepas melihat lelaki itu cuba melarikan diri tergesa-gesa sambil membawa baja berkenaan, dia bersama dua rakan terus mengejar sehingga lelaki itu terbabas kira-kira 600 meter dari tempat dia dipercayai mencuri baja berkenaan.

“Selepas terjatuh, dia enggan menyerah diri dan cuba mengugut dengan mengacukan parang, namun selepas beberapa minit memujuk, akhirnya dia melepaskan parang yang dipegang.


“Kami kemudian nekad mendekatinya perlahan-lahan dan memujuknya sebelum terus terjun ke sawah untuk menangkapnya dan ketika itu berlaku sedikit pergelutan, namun tiada sebarang kecederaan berlaku,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Khairul Anuar, 23, yang turut mengejar lelaki berkenaan berkata, kes mencuri baja semakin kerap berlaku menyebabkan penduduk terpaksa melakukan rondaan dan sentiasa peka jika ternampak individu mencurigakan.

“Petang itu (kelmarin), kami ternampak seseorang yang cuba melarikan diri selepas mencuri baja dan berusaha mengejarnya kerana kami sudah tidak tahan menanggung kerugian apabila baja bagi kegunaan sawah sering dicuri”, katanya.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam.

3 comments:

  1. Tahniah atas keberanian anak-anak Melayu membenteras jenayah. Itu baru si pencuri Melayu yang buat onar, kalau puak kapir harbi tentu dah lunyai dek amokan Melayu.

    kacang-kacang kapir harbi dan pencacai sekalian hangpa tak nak salahkan BN UMNO ka atas insiden ini?

    ReplyDelete
  2. Tapi rasanya, puak2 kafir harbi tu, tak kan nak curi baja.buang masa jer.. paling koman pun, puak2 kafir ni akan rompak rumah jutawan, tak pun rompak bank. Kalau kena tangkap pun berbaloi. Apa pun tahniah kepada penduduk kg. yg berani bertindak.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete