Aku sokong KJ dalam hal ini!



Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, bagi menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pada pandangan Pemuda UMNO, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam. 

Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi. Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.
Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dibantu.

A.S KATA, Pemuda seharusnya menjadi pendesak.
Usahlah dibabitkan masalah pinjaman PTPTN dengan ini sehingga perlu disenaraihitamkan nama pelajar terbabit.

Langkah bertegas menghalang ke luar negara sudah memadai. Seharusnya perlu ada satu mekanisme yang tidak membangkitkan kemarahan anak muda dalam mengutip hutang yang tertunggak.

Sesuatu yang perlu diingat terutamanya kepada orang islam, Hutang sememangnya wajib dibayar!!

No comments:

Post a Comment