Banyak pihak dalam Pas sendiri yang menyelar dan kurang senang dengan tindakan Din Ayam ini yang dikatakan lebih sudu dari kuah dan cuba untuk mengaitkan Din ini seolah olah Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri suatu masa dahulu.
Terbaru Din Ayam ini dicemuh kerana dikatakan dengan bersahaja menampar pipi seorang Pendakwah iaitu Ustaz Wan Ji dengan sewenang wenangnya hanya kerana statusnya sebagai seorang menantu Presiden Pas disebabkan ustaz wan ji ada buat salah kecil.
Untuk berlaku adil kita baca luahan Ustaz Wan Ji berkaitan insiden ini.Salamullah alaika.
Nampaknya budaya fitnah semakin tersebar. Saya yang tidak tahu menahu pun terkena debu fitnah ini.
Ulasan saya adalah seperti berikut;
Pertama :
sebenarnya memang saya dipelempang ust zaharuddin muhammad bertempat di kopitiam kaya, R & R jejantas Sungai Buloh. Ketika itu, saya sedang mengulang kaji pengajian tafsir di situ. Tiba tiba datang ustaz zaharuddin yang membawa topi keledar dan di tangannya memakai sarung tangan pemanduan motosikal.
Bila saya nampak beliau saya pun mempersilakan beliau duduk. Sejurus beliau duduk, dia terus melempang pipi kanan saya dengan belakang tangan beliau secara tiba2.
Saya tidak membalas. Kelihatan bibir beliau seperti terketar ketar.
Lalu, saya memerhatikan keliling kerana di situ terdapat ramai pengunjung di kedai tersebut.
Saya pun bertanya khabar tentang dirinya, tentang anak anak beliau dan keadaan belajar beliau. Perbualan kami selepas itu jadi mesra.
Pertemuan itu, ust zaharuddin yang permisi dahulu. Sebelum beliau permisi, saya ada cakap kat dia bahawa saya minta maaf kalau saya ada buat sesuatu yang dia marah. Dia pula peluk saya dan meminta maaf terhadap tindakan dia lempang saya itu dan dia berjanji nak bayar teh tarik yang saya minum.
Dengan nada gurauan saya berkata: "nasib baik tak berdarah. Kalau berdarah, ikut undang undang islam dah kena qisas dah ni"
Kedua :
selepas kejadian tersebut, saya ada diperlekehkan oleh sebilangan rakan2 pas yang benci saya tentang kejadian ini dalam FB. Tetapi saya tidak melayannya. Saya hanya terfikir, kemungkinan ust zaharuddin cerita kepada mereka.
Ketiga :
dalam jangka minggu ini, ada ramai yang menghubungi saya bertanya perkara ini. Sebenarnya saya terkejut, kenapa jadi bising balik isu ini? Saya tidak tahu menahu macam mana ia boleh tersebar sebegini sekarang sedangkan ia sudah lama berlaku.
Bila ada orang bertanya kebenaran cerita itu. Saya hanya membenarkan sahaja dan menyatakan bahawa ia cerita lama dan ust zaharuddin sudah meminta maaf dan saya sudah maafkan.
Keempat :
ٍٍSaya terkejut dengan dakwaan ustaz zaharuddin ini. Beliau menafikan perkara yang buat sendiri. Saya harap, perkara fitnah sebegini tidak sewajarnya berlaku.
Akhir ; ana sedia mengadap ust zaharuddin sendiri dalam isu ini. Di sini saya sertakan no telefon saya : 0193483478 dan no whatsapp : 01114271752.
Salam ramadan fb ustaz wan jii
Juga kita baca Respon din ayam menantu hadi awang |
Namun hakikat sebenar ialah memang jelas bunyi di kalangan pemimpin pas yang kurang senang dengan peranan yang dimainkan oleh Din Ayam ini. Mereka sifatkan Zaharuddin sebagai menantu berkuasa dalam Pas. Pas akan lebih merudum hanya kerana pergolakan dalaman yang kronik di antara sesama mereka sendiri.
Jom kita baca satu artikel puak pas sendiri hentam Din Ayam berhubung pertembungan 3 penjuru diantara Pas dan PSM di dun Kota Damansara Pads Pru13 lalu dan akhirnya kerusi tersebut dimenangi oleh BN. http://maemahi.blogspot.com/2013/05/siapa-dia-din-ayam.html
si wan ji tu mmg patut kena pelempang pun...ustaz mende...taksub kat nik ajis...sembang pasal agama..mcm org mabuk...ustaz sembang deraih je ni...
ReplyDelete