Kecewa dengan reaksi rakyat Malaysia sempena pelancaran Proton Suprima
KUALA LUMPUR: Pada hari Ahad, Proton Suprima dilancarkan. Kerana saya punyai saudara rapat yang bekerja dengan Proton, saya memang menanti-nantikan projek ini. Semasa Preve dilancarkan dahulu, saudara saya telah mula bercakap berbentuk “teaser”, bahawa tidak lama lagi ada yang lebih hebat daripada Preve akan dikeluarkan.
Menanti sekian lama, hari itu tiba juga, tapi saya kecewa. Bukan dengan Proton, tapi dengan rakyat Malaysia.
Di laman sosial penuh; tapi bukan semua, mempersenda produk Malaysia yang terbaru ini. Soalnya mengapa? Di mana silapnya, sehingga rakyat Malaysia jadi begini? Sudah tidak ada perasaan bangga, sudah tidak ada cinta pada negara.
Jika bicara tentang kedaifan pengetahuan tentang Proton ini, ada satu kes yang saya kira lucu. Pernah dahulu ada bangkai kereta yang sudah hangus di susur keluar plaza tol. Semasa itu saya masih kecil. Terdengar orang-orang membuat spekulasi sesama sendiri “Itu mesti Proton”.
Rupanya Alfa Romeo. Ye lah. Tak boleh disalahkan mereka juga kerana kereta itu hangus teruk. Tapi kenapa terus anggap kereta itu keluaran Proton?
Kalau bercakap tentang pengalaman orang lain, memang mudah. “Kawan aku punya kawan punya ibu tiri beli Saga BLM, power window baru sebulan dah jammed”.
Kawan baik saya sendiri beli Saga FL. Masih megah di jalan raya. Pernah masuk bengkel cuma kerana orang yang langgar kereta dia.
Adik saya juga masih memandu Proton Saga lama. Saga lama! Bukan yang baru.
Kereta ini benda berenjin. Enjin itu buatan manusia. Manusia tidak sempurna. Pastinya kereta buatan lain juga ada menghadapi masalah cuma... ehem! Dah bayar mahal-mahal pasti malu lah nak mengaku Honda City buat hal tepi jalan, betul?
Tapi kalau pemilik kereta Proton buka but depan di tepi jalan raya waktu pagi, sudah pasti 90% pemandu yang lalu akan jadi penganalisis kereta.
Orang yang lantang mengutuk Proton, berapa peratus yang pernah pandu uji Proton Preve? Berapa peratus yang berniat memandu uji Suprima?
Belum sempat dicuba, sudah bermacam-macam gurauan ***** yang dibuat, seolah-olah Proton sebelum ini hanya mengeluarkan lesung batu. Nama Suprima pun boleh dijadikan bahan ketawa. Mengapa? Begitu marahkan mereka dengan Malaysia sehingga setiap usaha syarikat Malaysia dipersenda? Marah itu kenapa?
Kebetulan saya baru tonton Habibie & Ainun di Astro Best. Semasa Indonesia mula-mula menghasilkan pesawat sendiri, ada juga yang mempersenda. Lalu saya simpulkan, setiap negara memang ada golongan begini. Memang ada yang terlalu “bijak” sehingga semua usaha kerajaan nampak remeh di matanya.
Bukan setakat kereta sebenarnya. Banyak lagi produk Malaysia yang diremehkan oleh rakyat sendiri. Contohnya filem. Bukan tidak ada yang bagus. Tapi kebanyakan rakyat memilih untuk menonjolkan yang buruk-buruk. Kalau yang puji-pujian cuma dua daripada sepuluh ulasan. Yang lain adalah kutukan. Kritikan boleh jadi membina tapi lebih banyak yang mengutuk berbanding mengkritik secara ikhlas untuk menambahbaik.
Terus terang, saya kagum dengan rakan-rakan saya dari Indonesia yang saban hari dalam “status updates” memperkatakan yang indah-indah tentang negaranya. Korupsi di Indonesia juga teruk. Tapi yang korup itu manusia. Tanah air masih milik rakyat, layak disayangi dan dijulang.
Saya juga mengakui kerajaan tidak sempurna, tapi kerajaan dan tanah air adalah entiti yang berbeza. Kerajaan cuma organisasi mentadbir. Fahami perbezaan itu, dan mulalah mencari peranan untuk membangunkan negara.
Bersembunyi di belakang nama samaran dalam talian tidak akan bawa anda ke mana-mana, dan tidak akan membantu bawa Malaysia ke mana-mana.
Sebenarnya ada juga yang tidak tahu apa-apa, tapi sebab mengutuk ini sudah jadi satu budaya. Kalau tak kutuk Proton, tak “cool” sebab semua orang buat. astroawani
mmg berlambak jumpa..tp bila backup..dikatanya macai BN...tp tak sedar..diroang pun jd macai PR...
ReplyDeletelast2 aku bg jawapan simple...if rasa keta proton tu mahal..so beli la kereta brand luar tu...dgn spec yg sama mcm proton or lebih dr spec proton dan lebih murah dr proton...
takde plak yg menyahut apa aku komen...tp yg nmpk..ramai nak join mengutuk aje..sekali kutuk kerajaan...
p/s belum lg yg ngutuk tu..rupanya pakai proton gak..ingatkn keta luar...then rupanya xpenah pakai proton..dgr cakap org aje..
-smh-
Org komplen pasal struktur cukai negara yg menyebabkan harga kete mahal semata mata nak cover proton la. xkan itu pun susah nak hadam! kenapa harge proton di arab saudi n australia contohnye lg murah compare ngan yg di malaysia. kualiti dah tentu yg eksport lg bagus. nanti ade la yg kate aku x patriotik, utk makluman aku drive proton wira n pajero sport. so aku tau ape rase ade proton ngan kete import.
ReplyDeleteBodoh orang atas yang drive proton dan pajero nih... Pajero ko nak compare dengan proton ke??.. Ko nak banding kehebatan kereta import dan kereta nasional??.. Hahaha bangang nih.. Tahun lepas, tahun ni pun ada product recall dari honda dan Toyota..
ReplyDeleteOrg kita ramai yg tahu meletakkan benda pd tempatnya. Knp Suprima di bandingkn dgn vios. Ia ibarat membandingkn pisau dgn parang. Bentukny x sama, kegunaanny x sama, org yg menggunakanny pun x sama.
ReplyDeleteSuprima lebih layak dibanding dgn nissan latio hatchback, lancer hatchback dan volkswagen golf. Itulah saingannya.
Jika vios, model yg boleh kita bandingkn ialah saga, city, almera dan ascent krn dua-dua dlm jenis kereta b segmen.
Persona dan preve itu dlm kelas kereta c segmen, yg mana sainganny ialah altis, civic, sentra, forte, focus dan lain-lain.
Sementara inspira itu dlm d segmen yg mana bandinganny ialah accord, camry dan ceffiro. Walaupun begitu secara peribadi sy katakn inspira itu bukan model kereta mewah d segmen krn ia diasaskn dr model lancer yg bercirikan super car. Jika perdana dahulu sy setuju ia dlm d segmen, ttp inspira sy rasa bukan. Oleh itu bila ada ura-ura honda accord akan dijadikn kereta d segmen malaysia utk gantikn model inspira sy sgt setuju.
Untuk pencerahan kepada mereka yg tak faham kenapa barangan malaysia yg kita beli diluar negara adalah lebih murah ialah kerana komponent cukainya. (bukan kereta sahaja)
ReplyDelete1. Bagi pengilang harga jualan dalam negeri biasanya diguna pakai standard work cost (std). Maknanya fixed cost plus variable cost. Harga jualan pula akan dicampur profit margin dan cukai jualan. Bagi kereta ada cukai eksais. Cukai eksaislah yg melonjakkan harga kereta di Malaysia.
2. Untuk tujuan ekspot biasanya pengilang mengunakan marginal unit cost (muc). harga bahan mentah + labour cost + variable cost seperti electricity dll. Fixed cost tidak dimasukkan. Juga cukai eksais.
3. Tujuan ekspot ialah untuk mendapat economic of scale dalam production. Maknanya lebih banyak pengeluaran maka unit cost akan berkurangan. Ini dibuat oleh mana2 pengilang yg ada berlebihan capacity.
4. Jadi jangan terkejut bila kita jumpa barangan malaysia lebih murah diluar negara dari dalam negara sendiri.
5. Kilang2 tayar atau besi biasanya mengamalkan sistem ini. Itu sebab kerajaan mengadakan anti-dumping law.
6. Kita tak boleh salahkan pengilang kerana itulah caranya untuk menjadi competitive dipasaran global.
7. Sebiji tayar Bridgestone di Jepun adalah lebih mahal dari tayar yg serupa dijual di Malaysia.
8. Begitu juga harga kereta.
MAAF CKP SAYA RAKYAT MSIA JATI...TAHUN 84 DULU SAYA AMAT BANGGA APABILA MSIA BUAT KETA SENDIRI....DITAMBAH PULA MAHKUTY CKP IA MAHU SUME RKYT MSIA MEMILIKI KETA SENDIRI...MASA TU SYA TERPUKAU / TERTIPU...SETELAH BERKERJAYA SYA MEMILIKI SEBUAH SAGA AEROBACK..TAPI HAMPEH, BERGEGAR SANA-SINI WALAUPUN TAYAR LANGGAR LUBANG CACING, POWER WINDO USAH NAK CKP TERPAKSA PAKAI SPARE PART MITSUBISHI BARU OK...PASS TU TUKAR WIRA..MASALAH YG SAMA BERULANG...PASS TU TUKAR PULAK WAJA..PUN MASALAH YG SAMA BERULANG.FUD UP PUNYA PASAL AKU TUKAR PAKAI HONDA ACCORD BARU TERASA BERBALOI BERKERETA.SO PADA SAYA KLU "PROTON LINGKUP LAGI BAIK DARIPDA NYUSAHKAN RAKYAT MAHAREN CAM SAYA"LAGI SATU PROTON DI UJUDKAN HANYA UTK MEMBUNCITKAN PERUT 2-3 KERAT KRONI...DASAR PERLINDUNGAN OUTOMOTIF HANYA MEMAKSA RAKYAT MEMBELI KERETA KRONI DAN MEMBUNCITKAN PERUT PARA PEMIMPIN UMNO/BN YG BERADA DISEBALIK TABIR "PROJEK KERETA NASIONAL".
ReplyDeleteMAAF CKP SAYA RAKYAT MSIA JATI...TAHUN 84 DULU SAYA AMAT BANGGA APABILA MSIA BUAT KETA SENDIRI....DITAMBAH PULA MAHKUTY CKP IA MAHU SUME RKYT MSIA MEMILIKI KETA SENDIRI...MASA TU SYA TERPUKAU / TERTIPU...SETELAH BERKERJAYA SYA MEMILIKI SEBUAH SAGA AEROBACK..TAPI HAMPEH, BERGEGAR SANA-SINI WALAUPUN TAYAR LANGGAR LUBANG CACING, POWER WINDO USAH NAK CKP TERPAKSA PAKAI SPARE PART MITSUBISHI BARU OK...PASS TU TUKAR WIRA..MASALAH YG SAMA BERULANG...PASS TU TUKAR PULAK WAJA..PUN MASALAH YG SAMA BERULANG.FUD UP PUNYA PASAL AKU TUKAR PAKAI HONDA ACCORD BARU TERASA BERBALOI BERKERETA.SO PADA SAYA KLU "PROTON LINGKUP LAGI BAIK DARIPDA NYUSAHKAN RAKYAT MAHAREN CAM SAYA"LAGI SATU PROTON DI UJUDKAN HANYA UTK MEMBUNCITKAN PERUT 2-3 KERAT KRONI...DASAR PERLINDUNGAN OUTOMOTIF HANYA MEMAKSA RAKYAT MEMBELI KERETA KRONI DAN MEMBUNCITKAN PERUT PARA PEMIMPIN UMNO/BN YG BERADA DISEBALIK TABIR "PROJEK KERETA NASIONAL".
ReplyDelete