Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'!


NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

 LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau. "Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor... Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.

 NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu. "Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN," "MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

 "Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan. LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

 Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online. Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.

 Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ. Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

 Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

 A.S harap pihak berkuasa akan bertindak dengan lebih tegas. Kalau perlu roboh...kasi roboh saja. Jangan layan tekanan kurang ajar ni..

Aku nak tengok, sama ada kerajaan akan tunduk dengan dengan tekanan NGO haramjadah pro pakatan ini. 

Puak-puak freethinker/liberal/komunis dalam PR akan melompat la lepas ni wujudkan fatwa depa sendiri, hangpa tunggu dan lihat la...

4 comments:

  1. Rasanya tak perlu diroboh,....surau ,.bukan masjid. Tak perlu straight binaan tu ke arah kiblat. Kalau dah salah,..betulkan aje la arah kiblatnya. Langkah tak bijak dan sejajar dengan amalan Islam. Ye tak?..senang2 je nak roboh, ingat kos buat surau tu rm50 je ke?..

    ReplyDelete
  2. Ini menjadi pengajaran kpd org lain .

    ReplyDelete
  3. Jangan layan penyangak ngo-ngo yang bangang dan jahil agama islam. Ngo-ngo jangan jadi ngok-ngok ikut seda mulut. Apa sumbangan mereka mertabatkan islam? Mereka nie semua kaum-kaum yang sengaja nak menyakitkan hati orang-orang islam.

    ReplyDelete
  4. Baik robohkan jer...lain kali baru depa hati2 nk bina surau / masjid ikut arah yg betul...klu x, depa ikut sedap depa nk bina mcm mana, tunggang tebalik ka, lintang pukang ka..depa pun ikut suka hati mak bapak depa ja nk bagi surau tu jd tokong..klu dh itu surau, surau jelah..klu tokong, tokong laaa...jgn la kejap surau kejap tokong...hri ni nk jd kn surau, esok nk jadikn tokong....ish...klu x bnteras dr sekarang, esok2 depa pakat2 berebut masjid plak nk dijadikn tokong..

    ReplyDelete