Terkini. Keadaan Ustaz Azizan Makin Kritikal!

Kubur kedua belah kaki UstazAzizan yang telah ditanam bersebalahan pusara arwah Ustaz Fazil Nor 

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sejak jam 3 pagi tadi dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal dan tenat serta sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star, Kedah.

Melalui laman sosial Facebook milik Dewan Pemuda PAS Kedah, mereka meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan beliau.Azizan, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.

Diberitakan pihak hospital telah memanggil semua ahli keluarga terdekat.Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu.

1 comment:

  1. Bg yg bertaqwa dunia adalah tempat perjuangan, pengorbanan, kesusahan, kepayahan, kematian adalah pembebasan dan pelepasan, kubur tempat kerehatan dan Akhirat tempat pembalasan dan kesenangan InsyaAllah !

    ReplyDelete