Dato’ Rahim Razali alami Pendarahan Otak?


Pengarah, pelakon filem dan pengulas sukan terkenal, Dato’ Rahim Razali telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre awal pagi semalam.
Pengarah filem Abang itu dikatakan mengalami kesakitan sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan.
Rahim dibawa ke sini untuk rawatan dan menurut sumber beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan diletakkan di bawah pengawasan pihak hospital serta berada dalam keadaan stabil. 
Sama-samalah kita doakan semoga Datuk Rahim dapat pulih kembali seperti sediakala. InshaAllah

No comments:

Post a Comment