Perebutan Naib Presiden. Mukhriz selesa mendahului, Penyandang kepanasan....




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathirdilihat begitu mendahului peratusan undi bagi merebut satu dari tiga jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan yang bakal menjelang tiba.

Berdasarkan tinjauan undian yang dilakukan oleh laman sesawang AstroAWANI.com bermula pada  7 September lalu, Mukhriz dilihat mendahului dengan peratusan undi sebanyak 28.83 peratus atau 788 undi.Mukriz secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk pemilihan jawatan Naib Presiden Umno di Alor Setar, Kedah.

Menuruti beliau di tangga kedua ialah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, iaitu sebanyak 26.64 peratus atau 728 undi manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berada di tempat ketiga dengan peratusan undi sebanyak 16.61 peratus atau 454 undi.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pula berada di kedudukan keempat dengan peratusan undi sebanyak 16.61 peratus atau 352 undi.Menteri Pertahanan yang juga penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pengerusi Felda yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad mengisi slot dua terbawah dalam undian tersebut.

Penamaan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi ialah pada 28 September manakala pemilihan akan berlangsung pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung UMNO pula dijadualkan pada awal Disember ini.-sumber

3 comments:

  1. tinjauan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar. dunia sebenar dlm umno dlm proses pemilihan umno banyak dipengaruhi faktor lain, terutamanya duit. sebab itu mukriz akan kalah pasal dia kempen bersih, tak beli undi. walhaql perwaqkilan mengejar duit. di perak, wakil2 hisham dah tampar rm500 seorang perwakilan. ini baru peringkat awal.

    ReplyDelete
  2. anon 1101
    ada proof ke ni ...
    isham CKMM ni mr clean
    masalah dia masalah lain

    ReplyDelete
  3. sape mintak proof tu memang tak tau ape sebenarnya sedang berlaku dlm umno. kau orang ingat kali ni penggunaan duit makin kurang? kau org tak tau pasal umno la mcm tuuuu...masalah hisham masalah lain itu isu berasingan bebbb...Anon 11:56 klu awak petugas agensi kerajaan tak susah cari bukti laaa...

    ReplyDelete