Polis buat 'derk' bila pelancong asing ditikam dan dirompak??


TUJUAN A.S BERKONGSI ARTIKEL NI BUKANNYA HENDAK MEMPERLEKEHKAN NEGARA KITA SENDIRI. NAMUN INI ADALAH PERSEPSI DAN LUAHAN DARI PELANCONG ASING YANG PERLU SEMUA PIHAK BERKENAAN AMBIL BERAT TERHADAP KEJADIAN JENAYAH YANG SEMAKIN KERAP DI NEGARA INI. UNTUK MENGUTUK POLIS MALAYSIA AMAT JAUHLAH SEKALI.

Dave Ramsay,
6 Oktober 2013


Pada hari Sabtu (5 Oktober 2013) kami dirompak berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Kaedah rompakan ini adalah dengan meragut beg dan bila saya memusingkan badan, saya ditikam di dada dengan pisau. Ini adalah kaedah serangan dengan menikam dahulu kemudian baru merompak. Pada mulanya saya fikir saya telah ditumbuk, sahabat saya cuba mempertahankan beg beliau dan saya mula hendak membantu tetapi hanya untuk dikelar dengan pisau di lengan kanan saya - di saat itulah bila saya lihat darah memancut keluar dari dada saya, saya beritahu supaya beliau lepaskan begnya kerana kepala/leher beliau sangat hampir dengan pisau tersebut. Perompak tersebut melarikan diri dengan beg sahabat saya. Saya fikirkan kami mungkin telah menjadi sasaran kerana "orang tempatan yang ingin membantu" sebenarnya cuba menarik saya jauh.

Saya bersenam mengangkat besi 80kg dua kali seminggu, jadi otot dada saya telah mengurangkan penembusan pisau dan ia tidak melepasi pun sangkar rusuk saya. Saya rasa orang yang lebih kurus mungkin akan mengalami kebocoran paru-paru dan jika ia berlaku kepada sisi dada yang terletaknya jantung, lukanya pasti membunuh.

Untuk ke hospital mengambil masa selama 30 minit (HKL - sangat gembira dengan petugas di sana, kerja mereka bagus). Saya bertuah mampu berdiri di jalan untuk menahan teksi - beberapa mengelak bila melihatkan darah - dan akhirnya selepas ditolak (rejected) oleh sebuah hospital swasta akhirnya saya berjaya juga mendapatkan rawatan.

Pemerhatian :

Tiada polis di mana-mana di kawasan yang kelihatannya meragukan (saya rasa mereka mendapat habuan untuk menjauhkan diri), pengawal keselamatan di premis berdekatan tidak melakukan apa-apa... Sukar untuk mendapatkan bantuan orang ramai atau teksi. Serangan ini menilai nyawa manusia pada $1000, mangsa ditikam untuk dibunuh dahulu kemudian baru ragut.

Polis pelancong tidak menanyakan apa-apa tentang pelaku jenayah ini - ada tidak ada, apa yang mereka buat hanyalah mengeluarkan laporan untuk tuntutan insuran.... mereka tidak mempunyai niat untuk mencari penjenayah-penjenayah tersebut, langsung tiada menampakkan minat.

Seperti posting lain, pondok polis pelancong hanyalah tali sawat di mana mangsa masuk bertali arus.

Saya perhatikan, sepasang pelancong Korea yang baru sahaja dirompak hanya 100 meter di luar pondok polis tersebut6 orang anggota polis yang sedang menghirup teh langsung tidak memberikan perhatian.

Seorang lelaki dari Kota New York (New York City, NYC) yang datang 10 minit kemudian, rantai emas di lehernya telah diragut - beliau telah tinggal di Kota New York selama 32 tahun dan di Kuala Lumpur inilah pertama kali dalam hidupnya beliau dirompak.

Ikhlas saya katakan, saya rasa polis di Kuala Lumpur lebih keji dari penjenayah kerana mereka tidak efektif, tidak hadir dan sangat-sangat mungkin menerima habuan. Ahli-ahli politik adalah majikan polis dan saya hairan bagaimana mereka membuat sangat banyak duit.

Malaysia Truly Asia (kepala jubow, ini adalah lubuk jenayah)
KL = Killed by Locals (Dibunuh orang tempatan)

Tempat ini perlu dielakkan, sangat-sangatnya. Saya dah mengembara ke Afrika, Yaman, Asia Tenggara selama hampir 30 tahun sebagai back packer dan pelancong mewah. Saya bukanlah lelaki lembik yang kuat mengeluh, tapi saya benar-benar rasa Kuala Lumpur adalah tempat yang PALING BERBAHAYA saya pernah pergi memandangkan bilangan insiden yang telah berlaku dan kekerapannya... ianya epidemik (seperti wabak yang merebak).




Artikel Asal :

Quote:
Stabbed THEN Mugged in KL

by DaveRamsay Updated Oct 6, 2013

On Saturday (5th Oct 2013) we were mugged very near the Hard Rock Cafe. The mode of this mugging was to pull on a bag and when I turned round I was stabbed in the chest with a knife, while turning. This is a stab first rob later mode of attack. At first I thought I had been punched, my friend held onto her bag and I started to assist only to be slashed with the knife across my right arm - that was when I saw blood spraying out my chest I told her to let the bag go as her head/kneck was closest to the knife. The robber fled with the bag. I think we were marked and then surrounded as some of the "local concerned helpers" were actually trying to pull me clear.

I press 80kgs twice a week so my chest muscles reduced the penetration of the blade and it did not pass the rib cage. I think a slimmer person may have suffered a lung puncture and IF on the heart side of the chest a fatal wound.

It took 30 mins to get to a hospital (City Hospital - very happy with the medics there top job). I was lucky to be able to stand in the road to stop a taxi - several passed after seeing blood - and eventually after being rejected at a private hospital I got mediacal attention.

Of note:

No police anywhere in an iffy area (I think they get a cut to stay away), security at the local venues did nothing....
Very hard to get support people in street or taxis.
This attack valued life at $1000 it was stab to kill first then grab.
The tourist police did not ask ANYTHING about the perpetrator of this crime - all they did was produce a report for an insurance claim.... They have no intention of pursuing criminals, no interest.
As with other posts the tourist police office was a conveyor belt of victims coming in. Of note was a Korean couple who had just been robbed outside the police station 100 meters away, the 6 officers sipping tea seemd not to notice anything worthy of their attention. An NYC man came in 10 minutes later having had his gold chain snatched from his neck - he said he lived in NYC 32 years and this was his first every mugging.

I genuinely feel the police in KL are worse than the criminals because they are ineffective, not present and most likely getting a cut. The politicains are the police masters I wonder how they make so much money.

Malaysia truly Asia (my arse this is a pit of crime)
KL= Killed by Locals.

This place needs avoiding big time. I have travelled Africa, Yemen, SE Asia for nearly 30 years back packer and 5 star, I am not a squeemish person but I genuinely believe this to be THE most dangerous place I have been due to the vast number of incidents and the frequency of them.... its epidemic.

Sumber : VirtualTourist.com

4 comments:

  1. buat la komplen...tak yah maki polis...lagipon polis bukan malaikat nak jaga buntut setiap orang...nak buruk2 negara orang...1000 dtg yang kena 1-2 orang nak salahkan hospital & Polis...ini mengada mngada namanya

    ReplyDelete
  2. mmg betul.... polis disitu hanya dijadikan perhiasan mata...

    kalau polis effectif masakan perompak jadikan kawasan situ lubuk duit..

    pengawal keselamatan plak hanya lepaskan batuk ditangga...semua mat bangla...

    jenayah ragut di Kl mmg benar2 serius....

    mereka taget pelancung asing....


    otai
    subang

    ReplyDelete
  3. polis kat kuala lumpur tu suma makan gaji buta sebenarnye...bukan nak buat keje sangat pun nk tunggu gaji akhir bulan jer pastu shoping beli smartfon baru...kadar jenayah makin meningkat kat Malaysia dorang bukannye kisah pun

    ReplyDelete
  4. Ada menteri UMNO haramjadah peduli? Cakap bergegar-gegar...semua tu rhetorik saja...celaka punya UMNO...polis pun jadi budak suruhan UMNO saja!!!Memang imej negara kita teruk sgt di kalangan pelancong luar!! Akhirnya pelancong akan elak melawat M'sia dan pendapatan negara akan menjunam!!

    ReplyDelete