Terkini. Lagi Artis sertai Puteri Umno dan menghangatkan kempen di #PRKSgLimau

Suasana kempen PRK Dun Sungai Limau dirancakkan lagi dengan kehadiran barisan artis tanah air bagi membantu jentera BN mencapai kemenangan.
Sempena program Ziarah Syukur itu, bekas peserta Akademi Fantasia, Nadia Hasnan, 23, atau lebih dikenali sebagai Nadia AF menyertai Puteri Umno sekali gus mengajak anak muda bersama kepimpinan BN.

Nadia berkata, golongan belia di kawasan ini perlu berubah bersama perubahan yang dibawa oleh kerajaan sejak sekian memerintah negara.

“Ini pertama kali saya sertai program Ziarah Syukur ini, hari ini saya ambil peluang untuk sertai Puteri Umno secara sah dan mengajak golongan belia turut bersama-sama.

“Kita sendiri dapat tengok perubahan yang dibuat oleh kerajaan, sebagai belia kita tak boleh mengharapkan orang lama sahaja untuk buat keputusan kerana kita juga adalah penyumbang kepada negara,” katanya ketika ditemui di Warung Cendol Pak Long Batu 18, di sini, semalam.
Hadir sama Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan dan pengerusi penganjur, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar.

Tambah Nadia, golongan muda perlu membuat pilihan sendiri dan lihat pembangunan yang dibuat oleh BN selama memerintah.

Sementara itu, Zaienal Abidin berkata, melalui program ini pada PRU13 lalu, pihaknya juga membawa rombongan artis ke Kedah untuk turut sama berkempen.

Menurut beliau, Ziarah Syukur kali ini diberi ruang sekali lagi untuk bersama jentera BN di Sungai Limau dengan harapan untuk membantu BN menang sepertimana 16 kawasan yang dijelajah pada PRU13 lalu.

“Dengan kedatangan kami kali ini, kita berharap dapat bertemu dengan ramai pengundi di sini dan bersama berkongsi pengalaman dan perasaan syukur.

“Program artis turun padang ini boleh dijadikan instrumen untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat dan masyarakat akan mendengar kerana aura artis ini dapat menusuk ke dalam kalbu,” katanya.

Antara barisan artis lain turut bersama ialah AR Badul, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Aznah Hamid, Abon, dan Hail Amir-SH

1 comment:

  1. Ini apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;

    "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

    Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,

    "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."


    Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..

    http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/10/azeez-rahim-walaupun-telah-luput-tarikh.html

    ReplyDelete