Akhirnya, seorang lagi ADUN PKR letak jawatan..
Baru sahaja baru-baru imi ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, dan terkini, secara rasmi ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan umum letak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini.
Keputusan ini dilakukan ekoran tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.
Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain. Pkr memang parti gila, hanya kerana memberikan pandangan maka dikenakan surat tunjuk sebab.
Datuk Jelani juga dikhabarkan dalam masa terdekat ini juga akan keluar terus dari Pkr. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini di Sabah akan jadi Parti Keluar Ramai Ramai. Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.
No comments:
Post a Comment