Anak tokoh korporat ditemui mati


Artikel ini diedit atas menghormati permintaan keluarga arwah dan pembaca blog ini. Mari sama-sama kita sedekahkan alFatihah untuk arwah.

Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail di sini awal hari ini.

 Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

 Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap. Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.

 Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan 'see you in other side' (jumpa anda di dunialain).

 Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

 Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - Bernama

4 comments:

  1. Berhati-hati. Lebih baik kamu padamkan entry ini sebelum terlambat. Sekira ibibabaoa mangsa membuat aduan, kamu akan dihagapkan ke mahkamah kerana memnyiarkan kenyataan sulit polis.

    ReplyDelete
  2. Tak baik bukak aib arwah. Gambar tu patut delete.
    Patut berdoa agar Allah s.w.t mengampunkan
    Dosa arwah.

    ReplyDelete
  3. sebagaimana kamu menyebarkan aib orang begitu juga dgn kesudahan kamu nanti..allah maha adil.

    ReplyDelete
  4. As a blogger you should be more responsible with your postings. Although you have edited your post a lot of blogs have copied the information via your blog. You ought to make an apology to the family for defamation and posting confidential forensic photos and report. Shame on the police / officer who leaked it to irresponsible people too.

    ReplyDelete