Kedai Buku MPH. Apa yang orang melayu perlu tahu?


"Beli buku untuk anak anak kita di MPH.
Sokong Perniagaan Orang Kita!

Kumpulan Syarikat MPH ialah sekumpulan syarikat milikan Malaysia yang menumpukan penerbitan, pencetakan, pengedaran, dan penjualan buku dan majalah.
MPH membawa pengertian Malaysia Publishing House dan dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui Jalinan Inspirasi Sdn Bhd sejak 2002.
Kedai Buku MPH kini mempunyai 27 saluran keluar runcit di Malaysia: 17 di Lembah Klang, 3 di Johor, 2 di Negeri Sembilan, dan setiapnya di Perak, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, dan Sarawak.



6 comments:

  1. Macamana nak sokong kalau kat tempat kami tak ada.. contoh di Pahang, Di Kuantan dan Temerloh (Mentakab) hanya ada popular, terpaksalah beli di situ. Kedai buku Popular di Temerloh iaitu di Mentakab Starmall sentiasa dipenuhi oleh pembeli, rata2nya orang kita. Harap MPH dapat di buka di Temerloh secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Kat tmpt aku boleh gi Badan Book Store di JB, atau Pustaka Aris kat PG.

    ReplyDelete
  3. mmg dah lama tunggu sgt mph buka di kuantan.. kalau sy ke KL mmg saya pergi ke mph midvalley atau wangsamaju.. harap penulis blog dpt sampaikan pesan ke pihak mph..
    kuantan dah semakin pesat membangun dari segi fizikal, juga perlukan pembangunan dari segi mental dan rohani.MPH sepatutnya sudah dibuka di ktn sekrg..

    ReplyDelete
  4. kalau tempat anda takdak mph, boleh pi kedai buku melayu yg lain yg tidak kurang hebatnya. Seperti hasani di alor setar dan sg petani. kat kota bharu pun ada osman muda.
    Sokong kedai melayu. Berkat rezeki dan ilmu kita. In sha Allah.

    ReplyDelete
  5. salam Bro,aku tak peduli siapa taukenya asalkan melayu.mari kita sama-sama sokong perniagaan orang melayu.

    ReplyDelete
  6. sedihnye kenapa tiada MPH di pahang... :(

    ReplyDelete