Respon Terkini Rosmah Mansor Berkaitan Pemergiannya Ke Qatar Menggunakan Jet Eksekutif Milik Kerajaan

Aku sebagai penyokong dan orang yang bekerja untuk parti amatlah berharap, kalau boleh elakkan isu atau kontroversi. Elakkanlah. Kalau boleh naik pesawat komersil, naiklah. Susahlah sedikit daripada menyusahkan ramai orang macam kami nak pertahankan Kerajaan BN. 
Walau berbuih mulut respon yang diberi menaytakan keperluan ini adalah mengikut prosedur sekalipun, itu bukan jaminan bahawa persepsi negatif tidak terlekat di minda rakyat Malaysia. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu. “Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod. Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran. “Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu. Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.-MI

2 comments:

  1. tak payah la nak beking sangat si rosmah tu
    ngabihkan boqehh je
    tumpu yg lain lg baguys

    ReplyDelete
  2. Koa sukalah kalau First Lady lembab dan bengongkan..kalau dapat cam ajijah pun bagus tak menghabiskan reta suami malah menyokong suami jiwa dan raga walaupun dalam kemungkaran..mungkin manafaat tidah hari ni mungkin esok lusa..god will

    ReplyDelete