1MST (1Malaysia Spritual Tourism). Sudah-Sudahla jaja fitnah..

Projek yg tak akan berlaku, sudah sudahla machai pakatan sebar fitnah

Semalam ramai yg share berkenaan dgn isu 1MST (1Malaysia Spritual Tourism) & ramai juga minta saya selidiki. Saya telah ajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang mengenainya. Ternyata ia satu FITNAH besar yg perlu di jernihkan. Berikut penjelasan yg diberikan kepada saya:

"ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City:

1MST City takkan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik. 

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. MB buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik".

Ulasan saya: Ini satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu FITNAH besar. Hati2lah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam DOSA BESAR.

Dr. Asyraf Wajdi

2 comments:

  1. Alhamdulillah kaalau tak jadi. Issue ni bukan melibatkan parti politik lagi. Ini isu negara Malaysia sebagai negara Islam. Apa kejadahnya nak buat tokong besar2.. cukup lah dengan apa yang ada. Org bukan Islam tidak pernah dilarang mengamalkan agama mereka di Malaysia.. Eloklah orang jaja perkara ni di FB, twitter dll.. bayangkan jika perkara mcm ni benar2 terjadi dan takde orang yang sedar.. tiba2 naik je kuil gergasi, tokong atau gereja.. takkan dah terhantuk baru nak terngadah.. Tak kira BN or PR... sebagai umat Islam kita wajib menjaga maruah agama kita.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tak jadi. Takut aku membaca artikel pasal isu ini sebelum ini.

    ReplyDelete