UPDATE;
Kecoh sekor facebookers spin pasal Jabatan Facebook Negara (JFN) faham betul-betul apa kata Ahmad Shabery Cheek iaitu - SKMM mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.Cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.
Jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.
“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dgn (SKMM).
"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti TIDAK RELEVAN sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara."
-------------------------------------------------------------------
Aku pun tak menonton apapun rancangan di tv9 sebentar tadi dan amat berharap sdr Azman Jalaludin juga tersalah dengar ataupun cuba mereka rekakan cerita.
Takkanlah Shabery Chik keluarkan stetment seperi itu? Aku amat yakin tidak.
Ini semua kerja machai pakatan ambil kesempatan untuk simbah petrol ke api dalam kemelut siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan ya g menyebabkan sebahagian besar rakyat sedang marah kepada kerajaan.
Namun jika betul apa dikata, aku pun tepuk dahi tak tau nak kata apa dah..
Babai ler...
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.Shabery berkata, setakat ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah."SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi."Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.themalaysianinsider
ReplyDeletebiar dia spin cerita pun takpa. asal kerajaan BN mampus
ReplyDelete