Bung Moktar Tutup Akaun Tweeter Kerana Tak Tahan? @MyKinabatangan
Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.
Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :
"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.
Dari pemerhatian akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.
Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.SH
No comments:
Post a Comment