Inilah padahnya bila masing-masing tak sabar nak bayar tol..


Aliran trafik di lebuhraya mencatatkan peningkatan yang mendadak pabila hujung minggu apatah lagi sewaktu cuti persekolahan sekarang. Sebagai contoh tibanya hari Jumaat aku di seberang perai perjalanan pulang aku ke rumah dari tempat kerja selalunya tak lebih setengah jam tapi petang tadi lebih dari sejam.

Ini menunjukkan volume kenderaan di lebuhraya cukup tinggi dan tiada alasan kepada mana mana syarikat konsesi pun boleh menaikkan kadar tol selagi mereka mencatatkan keuntungan yang berpatutan.Perjanjian sesama manusia pada aku boleh diubah demi untuk kepentingan rakyat yang ramai bukannya dua tiga kerat pemegang saham atau pengarah syarikat konsesi lebuhraya.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku kongsikan gambar dari Facebook menunjukkan 2 buah kereta yang dikatakan berebut ketika mahu masuk ke lorong tol telah mengalami kemalangan. Kemalangan di atas adalah salah satu contoh sikap segelintir rakyat Malaysia yang sukar diubah apabila memandu di jalan raya.

 Bersabar kan lagi bagus dari tabiat tukar line tanpa bagi signal, memandu secara merbahaya, memotong di lorong kecemasan dan pelbagai lagi. Yang bestnya bila dah kemalangan, masing-masing bertekak tidak mahu mengaku salah dan cari salah orang lain.

1 comment:

  1. 1 undur kata rakyat marhaen
    2 teruskan kata pemandu @ penyapu
    3 undur dan teruskan silih berganti
    kata big mama
    4 pusing dan undur kata bang no

    dan aku kata eloklah najib berundur daripada menyusahkan rakyat dan demi survival umat melayu

    ReplyDelete