Mengapa Anak Perempuan Ustaz Kazim Yang Masih Kecil Itu Menangis?



SEJAK pengumuman dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial.

Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.

Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu. 

"Menangis anak perempuan saya yang kecil itu. Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya. Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik kampung, tengok sawah, bendang.

"Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki. 

Isteri saya kata: 'Abang, kami anak beranak berkorban, tak jumpa abang. Tak makan, tak minum (sama-sama) dengan ayah, tak bercuti, walaupun cuti sekolah dah tiga minggu.

"Kami berkorban sebab abang nak berceramah satu Malaysia tapi, sampai hati mereka panggil abang haram jadah, munafik, babi, anjing.'

Itu yang dilontarkan isteri saya apabila membaca komen-komen yang begitu menyedihkan selepas pengumuman itu.SH

2 comments:

  1. Biaq pi la ustaz...lantak dorang la nk gelarkn ustaz ape!..Sy yakin setiap gelaran yg dorang beri, setiap makian, cacian dn penghinaan kpd ustaz memberi makna bahwa mereka telah berjaya mengumpul dosa2 sebagai bekalan mereka diakhirat kelak!..Didunia ini sdh pasti mereka amat bergembira tetapi keadaan sebaliknya berlaku diakhirat nnti selagi mereka tdk bertaubat dan memohon ampun drpd ustaz.Semuga ustaz dn lebih2 lg famili ustaz tabah menghadapi ujian dan dugaan drp Allah SWT ini...in shaa Allah ustaz sekeluarga akn lebih berbahagia.

    ReplyDelete
  2. Bersabarlah Ust, yakinlah dengan janji Allah SWT, mereka2 itu pasti akan diberi dihidayah atau diazab dgn azab yg amat pedih..

    Sedangkan Nabi di maki hina, diugut bunuh dn sebagainya..apakah beza sgt watak PAS dgn watak Arab Jahiliyyah yg benci pd kebaikan?

    PAS itu dlm Jahiliyyah.. mereka taksub dgn kemunafikan yg mereka ciptakan. Mereka tkkan selamat dan takkan mendapat naugan Rahmat Allah.. jika UMNO masih kekurangan bukn hak@kerja PAS utk menghina dan hukum UMNo atau sesiapa yg terlibat dengan UMNO. Sedangkan kebathilan dlm UMNO sndiri lebh dahsyat.. pembuat2 dosa dikekalkan..

    Semoga Allah berikan Hidayah dan kekuatan pd Ust Kazem dan keluarga supaya terus berjuangan utk kebaikan Islam, Melayu dan Tanah air.. AMinn

    Kesusahan dan keperitan ahli keluarga Ust Semoga digantikan Allah dgn hikmah dan kejayaan! dihancrkan usaha2 musuh2 Islam ini utk merosakkan perjuangan.

    ReplyDelete