Nicolas Anelka Disiasat kerana kononnya mengeluarkan isyarat anti Yahudi semasa meraikan jaringan..

Persatuan Bola Sepak England (FA) akan menyiasat isyarat anti-Yahudi yang dibuat oleh penyerang West Bromwich Albion, Nicolas Anelka ketika pasukannya mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan menentang West Ham United, kelmarin.

Jurucakap FA berkata, mereka akan mengadakan satu siasatan selepas tindakan Anelka yang melakukan provokasi tersebut sehingga mendapat kritikan meluas.

Bekas penyerang Perancis itu meraikan gol pertama jaringannya menentang West Ham dengan menunjukkan isyarat tangan yang sering digunakan oleh pelawak Perancis, Dieudonne, merujuk kepada anti-Yahudi.

"Isyarat yang ditunjukkan Anelka adalah berbentuk provokasi. Tidak ada tempat kepada mereka yang menunjukkan anti-Yahudi di padang bola sepak," kata Menteri Sukan Perancis, Valerie Fourneyron melalui laman sosial, Twitter.

Tindakan penyerang berusia 34 tahun itu dipertahankan oleh jurulatih sementara West Brom, Keith Downing.

"Ia ditujukan khas buat pelawak Perancis yang sangat dikenalinya. Saya rasa sebarang spekulasi boleh dihentikan sekarang, semuanya adalah tidak benar.

"Dia betul-betul tidak sedar apa kesan atau spekulasi yang akan menimpanya, dia sangat terkejut mengenai perkara itu," kata Downing.

Kumpulan yang menjalankan kempen 'Let's Kick Racism Out Of Football' mengetengahkan isu yang berlaku di Upton Park.

Dua gol jaringan Anelka adalah yang pertama buat kelab yang berada di tangga ke-15 liga itu dan dia menyertai kelab tersebut secara percuma selepas tempoh pinjaman bersama Juventus berakhir.


No comments:

Post a Comment