Pakatan Haram Perlu Jawab 4 Soalan Ini Sebelum Nak Berdemo Pada 31hb ni..

Kuasa Rakyat Sepeerti Aku Akan Memastikan Malaysia Sentiasa Aman Dan Tak Terikut Budaya L:uar Yang Negatif Untuk Menggugat Kestabilan Negara. Kita ada pilihanraya, bukannya berdemo di jalanraya.
HARAMJADAH PUNYA TAKTIK...
TOL NAIK DI SELANGOR, KENAPA PAKATAN TAK TURUNKAN TAPI SIBUK NAK BERDEMONSTRASI DI KL?

1. Mengapa Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang kenaikan kadar tol terutama sekali di KESAS walaupun Kerajaan Negeri Selangor adalah pemegang saham terbesar dalam konsesi berkenaan?

2. Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor tidak membayar pampasan di semua tol dalam negeri masing-masing di sebalik menaikkan gaji dan elaun ADUN mereka sebanyak 300%, bagi mengelakkan konsesi menaikkan tol?

3. Mengapa semenjak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang dan Selangor  , Kerajaan Negeri langsung tidak berusaha untuk mengawal harga hartanah melalui Skim Perumahan Mampu Milik yang agresif seandainya benar mereka benar-benar mengambil berat tentang kebajikan rakyat sebagaimana yang didakwa?

4. Mengapa Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan langsung tidak berusaha untuk menurunkan harga petrol seperti dalam Manifesto dengan menggunakan kaedah-kaedah yang mereka banggakan dalam setiap kempen atau melaksanakannya menggunakan mekanisme air percuma 20 meter padu di Selangor?

Di sebalik seruan untuk mengajak rakyat berdemonstrasi dan seterusnya menggulingkan kerajaan, mengapa agaknya Pakatan Rakyat tidak pernah dapat menjawab keempat-empat isu berkenaan?

Kerajaan Negeri mempunyai kuasa tersendiri dan walaupun Persekutuan mempunyai kuasa terutama membabitkan mekanisme harga dan pasaran, Kerajaan Negeri sebenarnya boleh campurtangan untuk menstabilkan harga menerusi pelbagai kaedah, termasuklah penyaluran subsidi, pengurangan cukai tanah, penurunan premium tanah, cukai pintu dan sebagainya.

Sekaligus, walaupun harga petrol dikawal oleh Persekutuan, namun pemilik-pemilik stesen minyak boleh menyerap kenaikan tersebut menerusi pengurangan pada cukai premis dan tanah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.Begitu juga dengan konsesi tol.Malangnya Pakatan Rakyat sebenarnya hanya berminat untuk menggunakan isu kenaikan harga bagi mendapatkan populariti.

Hakikatnya, mereka juga sebenarnya tidak lebih baik daripada Kerajaan yang mereka cuba gulingkan bahkan mereka akan melebihkan syarikat-syarikat konsesi mahupun taukeh-taukeh kapitalis yang berada di belakang mereka. Rakyat hanyalah dijadikan isu dan alasan.

Hakikatnya yang dikejar adalah kuasa dan apabila berkuasa, seperti yang kita dapat lihat di Pulau Pinang dan Selangor, itulah juga yang akan berlaku. Bahkan rakyat akan lebih tertekan menerusi kenaikan cukai dan premium tanah serta cukai-cukai yang lain di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment