Seorang lagi Exco Pemuda UMNO Tampil Mahukan Sambutan Tahun Baru Cara Islam

Klik untuk lebih jelas (Utusan Malaysia)

Tempohari ramai pihak yang tampil bersetuju dengan Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang berhasrat agar sambutan Program Tahun Baru diisi dengan Program berunsur keagamaan.

Mufti Perak Tan Sri Harussani juga mengeluarkan kenyataan yang sama manakala terbaru Exco Pemuda Malaysia yang juga Pengerusi Biro Agama, Ustaz Azmir Yuzaimi Mohd Yunos turut mengeluarkan kenyataan nada yang sama.

Ini jelas membuktikan sebenarnya di kalangan pemimpin UMNO sendiri rata-rata sekarang ini mahukan lebih dan menekankan betapa peri pentingnya pengisian rohani dalam apa jua amalan seharian yang dilakukan.

Namun apa yang aku harapkan kesemua kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan tidak hanya bersifat retorik semata-mata dan haruslah dibuktikan dengan perbuatan dan perlaksanaa. Alhamdulillah, Sdr Jamawi telah memulakan langkah ini dengan mengdakan majlis keugamaan di Parlimen beliau pada malam ini di Tenom, Sabah dan InsyaAllah akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.

Semoga perubahan yang UMNO mahu lakukan ini dan transformasi ini diredhai dan dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT. Rakyat juga akan lebih yakin dengan UMNO selepas ini hendaknya.. InsyaAllah

1 comment: