10 Point Menyokong Kenyataan Mufti Perak Berkaitan Cubaan Guling Kerajaan Pada Malam Tahun Baru


Kami sokong Mufti Perak- Prsiden ASWAJA.. 

Assalamualaikum
1) kita perlu sedar..bila bercakap tntg hukum yg bukan qatie..maka ia bersifat ijtihadi.

2) Hukum ijtihadi mengambil kira fakta..masa..tempat..keadaan n kesan..Kaedah menyebut : Al-Hukmu ala syain Far'un 'an tasawwurihi ( Keputusan Hukum terhdap ssuatu perkara mengambil kira soal latarbelakang awal tentngnya). so inilah pertimbangan yang trlah dbuat oleh DS Mufti Perak dlm kes himpunan Guling Kerajaan yg dianjurkan.

3) Manakala sebhgian Wartawan yg menyiarkan artikel pula tidak didedahkan dgan teori hukum Islam. sebaliknya lebih teruja dgan capaian politik utk melariskan suratkhbar..kecuali bbrapa wartawan yg beretika.
Justeru, penggunaan istilah..hukum dan perkaitannya kelihatan tidak dihurai secara jelas dan telus.

4) Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kpd perbuatan itu sendiri n kesannya. Kekadang ia melibatkan kata2..perbuatan dan iktikad.Manakala istilah 'halal darah' tu perlu dirujuk kpd tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif. kerana bersifat kekerasan..Siri rusuhan n rampasan kuasa d negara kita kelihatan tak berjaya..ttp bibitnya sudah ada..dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata..jd hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa dserang dgan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri..inilah yg dmaksudkan dgan halal darah bughah tu. Dlm AlQuran ada dsebut dgan : Dan cerobohilah ( perangi mereka) sbgmna mereka melakukan pencerobohan ke atas kamu.."

5)Demons TURUN secara realitinya tak bawa senjata..ttp sebilangan kecil mereka menyimpannya d tempat strategik tertentu yg berjaya dtemui pdrm. kebarangkalian penggunaan senjata spt ni bila2 masa je boleh berlaku. Lgpun..dlm kumpulan ini..ada yg ikhlas mahukan keadilan. Ttp ada juga yg menangguk d air yg keroh. maka keperluan kita utk bersiap siaga adalah satu kewajipan sbgmana isyarat surah al Anfal ayat 60.

6) Sementara itu, pendapat peribadi Muffti Perak dbuat selepas Demonstrasi. ia bermaksud ada kronologi bahaya yg dimunculkan puak pelampau ni sebalik tabir rancangan mereka. Pengklasifikasian bahaya ini sukar didedahkan kpd umum memandangkan ia berkait dgan bukti intelegen. namun, penemuan bbrapa alatan senjata n insiden kecederaan yg berlaku memperlihatkan demontrans aman bertukar keras. Oleh itu, sesuatu pendapat yg keras biasanya melihat kpd situasi yg tegang dan bahaya. dlm kes ni..ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat n geo politik setempat n isu keselamatan negara. Ia tidak boleh dperjudikan dgan fatwa yg membenarkan gejala spt ini. Jd anggapla..pndgan DS mufti sbgg tahzir @ peringatan utk umat islam yg lalai dan ghairah mencari perubahan. Akhirnya..keghairahan itu bakal mengundang mudarat yg lebih besar pd kita.

7)Kita perlu bersangka baik dgan DS Harussani sbg ulamak n Mufti proaktif Ahli Sunnah Wal Jamaah. apa yg beliau sampaikan hanya satu nasihat agama utk panduan umat islam. Beliau mempunyai hubungan yg baik dgan Tuanku Sultan dan pemerintah. Beliau juga sudah mempunyai kedudukan yg baik d mata masyarakat. Justeru beliau bukan pengampu politik kepartian sbgmana yg ditohmah sesetgah pihak yg sakit hati dgan beliau. Wallahul mustaan.

 Mengapa kita begitu teruja utk menyerang mufti umat Islam. Adakah dgan Mufti berkenaan mengharamkan ajaran wahhabiy, syiah, liberal d perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati. Atau hati-hati kita ni telah lama bergelap dgan hijab kepartian? Lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah2 politik yg sempit. Wallahu a'lam.

9)Demontrasi TURUN hanya kosmetik. sbb dibelakang tabirnya adalah GULING kerajaan. Lihatlah seruannya d media sosial. Dan maklumat ni juga telah dklasifikasikan oleh sumber intelegen PDRM. Bukan semata-mata provokasi media. jika media yg merekacipta isu maka ia dikira menghasut. dan pengamal media dikira bersalah. Boleh dikenakan tindakan Undg2 SOSMA 2012..15 tahun penjara.

10) Kita sepatutnya menyelesaikan isu ummah dgan berbincang dan menggunakan saluran yg betul spt sidang DUN, Parlimen, Dewan Negara dan Majlis Raja-raja dan bbrapa forum tindakan ekonomi yg berwibawa. Bukannya dgan cara demonstrasi jalanan yg banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat. Allah lebih mengetahui niat kita sebenarnya. Allahu Allah.

Kesimpulannya..kami menyokong penuh pandangan DS Harussani selaku SS Mufti Kerajaan Negeri Perak dlm kes golongan bughah (guling kerajaan) utk dikenakan tindakan tegas. 
Keputusan hukum ini amat wajar memandangkan perbuatan guling kerajaan berupaya mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat kedaulatan ssebuah negara. Wallahualam.

Zamihan Mat Zin
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWAJA).

No comments:

Post a Comment