ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat.
Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk “Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam” memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Marina melalui Twitternya beranggapan artikel itu sebagai mengarut dan menuntut sesiapa supaya menunjukkan kepada beliau bukti di dalam Al-Quran bahawa umat Islam disuruh bercuti pada hari Jumaat.
Dalam artikel itu, Hassan bersetuju sekiranya lebih banyak negeri menjadikan hari Jumaat sebagai salah satu cuti rehat mingguan kerana ia memang hari cuti bagi umat Muslim.
“Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam.
“Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
“Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik.
“Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya,” katanya memetik artikel Sinar Harian.
Marina sebagai umat Islam sepatutnya tahu hujah berkaitan Jumaat bukanlah dikhaskan pada zaman tertentu dengan menyebut secara khusus bahawa pada hari itu umat Islam disuruh bercuti.
Menurut hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abdullah bin Munzir, bahawa Nabi Muhammad terlah bersabda :-
“Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari dan yang TERBESAR di sisi penciptaan anak Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga dia (Nabi Adam) wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seseorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
“Pada hari itu Hari Kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah melainkan ia takut pada hari Jumaat. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu, langit fan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat,”
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi.
Jadi, di zaman serba moden dengan kesibukan tugas, dengan banyak keistimewaan disediakan oleh Allah pada hari Jumaat lebih elok ia dijadikan sebagai cuti rehat bagi memudahkan umat Islam melakukan ibadah Solat Jumaat dengan penuh kesediaan dan kesempurnaan.
Sudah dijelaskan dalam hadis berkenaan berkaitan keistimewaan hari Jumaat yang lebih hebat dari Hari Raya, dan ia sepatutnya menjadi satu antara cuti rehat bagi umat Islam.
Bukan semua dalil dan nas-nas Islam hanya terletak pada Al-Quran tetapi ia harus berpandukan kepada Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. – Mynewshub.my
Salam,
ReplyDeleteMau sekeh kepala betina.
Aku respect Tun Mahathir tp tidak pd si betina ni.
Tk usah ckp bab Jumaat.. perintah WAJIB bertudung dan menutup aurat tu dia dh buat ke tidak?
Yg perintah wajib dia tk buat, kenapa nk cari pasal soal Jumaat?
Jumaat ialah penghulu segala hari.. kerana bg org yg ada Agama dan Iman hari jumaat banyak sangat kelebihan dan kenikmatan..jadi cuti adalah terbaik supaya peluang luas untuk ditumpu merebut fadhilat2 Jumaat..
Tanya Marina, Christmas tu wajib cuti ke? dlm bible dh ckp ke 25 Dis wajib cuti? kenapa dia pertikai hal Agama Islam?
Nauzubillah dr terjatuh kufur.. takut lah Allah..mintaklah mana2 ilmuan Islam spt Prof Muhaya utk dekati ank Tun M ini beri bimbingan..
Insya Allah..moga bertaubat..dan kembali pd yg benar!
DIA NI MENGAJI AL-QURAN PUN TAK HABIS KA APA? NAK BERLAGAK PANDAI!!
ReplyDeleteBodoh beno Marina ini. Memang le dalam quran tak kata pun umat Islam diwajibkan cuti pada hari Jumaat tapi ada disebut hari jumaat itu adalah penghulu kepada semua hari. Bukan itu pun tak faham.
ReplyDeleteHOI MARINA, HANG TAK PAYAH NAK SEBOK HAL CUTI HARI JUMAAT. HANG NI SAPA? ORANG SEMUA MELUAT TENGOK MUKA HANG YANG DOK SOKONG KRISTIAN. KESIAN KAT BAPAK DGN MAK HANG YG DOK MAKAN HATI KRANA PERBUATAN HANG TU. BELAJAK-BELAJAKLAH PI SEMBAHYANG KAT MASJID JANGAN HANYA PANDAI MASUK GEREJA DOK BAGI BUNGA SAJA.
ReplyDeleteWAHAI MARINA YANG ALIM LAGI BIJAKSANA...TLG TUNJUK KAT MANA DLM BIBLE MENGATAKAN YG ORG KRISTIAN BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH DLM URUSAN KEAGAMAAN MEREKA.
ReplyDelete