Keadaan terkini 2 anggota polis yang didakwa dibawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan.


SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.-SH


A.S SOKONG TINDAKAN PANTAS YANG DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN ATASAN PDRM DALAM MENANGANI DAKWAAN SALAH LAKU ANGGOTA MEREKA. JANGANLAH PULA ISU INI DIPOLEMIKKAN DENGAN DIKAITKAN DENGAN POLITIK SEBAGAIMANA MACAI PAKATAN LAKUKAN SEKARANG,

SECARA PERIBADI AKU AMAT HARAPKAN ANGGOTA YANG TERBABIT JIKA SELEPAS DISIASAT DIDAPATI BERSALAH MAKA HUKUMLAH KEREKA DENGAN MEMECAT TERUS DARI JAWATAN. 

INI AMAT PENTING BAGI MEMASTIKAN INTEGRITI PDRM TERUS DAPAT DIPANDANG TINGGI DAN DIHORMATI RAKYAT.

No comments:

Post a Comment