Kereta Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka...
Dunia Oh Dunia Siap letak plet kuning lagi yang ada nama 'Baginda'.
Persoalannya, bagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membenarkan kereta ini berada di atas jalan raya di Malaysia kerana tiada plet nombor yang sah?
Takkan nak tunggu laporan dibuat baru hendak mengambil tindakan?
Jika benar Raja Noor Jan mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka yang sah, biarkan pihak yang berkenaan yang memutuskannya barulah beliau layak menggunakan plet nombor tersebut.
Kita tak mahu undang-undang negara ini dilihat penguatkuasaanya terlalu lemah sehinggakan hal seperti ini pun gagal untuk menanganinya..
SIDANG MEDIA SULTAN MELAKA-BALAI RONG SERI OPIS DIA :- "Apa Yang Beta Mahukan Adalah Hak Beta Sebagai Sultan Melaka.Beta Berjanji Tidak Akan Cuba Mengganggu Sistem Beraja Dan Raja-Raja Lain Serta Mengekalkan Perlembagaan Negara.Beta Enggan Mencampuri Urusan Politik Negara Yang Sedia Ada..." - Dymm Melaka?
"AYER KEROH: Kerajaan Melaka menolak perakuan mana-mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka, tegas Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat exco kerajaan negeri, semalam, sekali gus tidak mengiktiraf mereka yang kononnya mempunyai hak memerintah negeri ini menerusi sistem beraja.
"Kita sudah membuat keputusan secara berfakta untuk menolak sebarang usaha mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak mengenai kesultanan Melaka termasuk pihak yang baru-baru ini menggemparkan masyarakat dengan upacara pertabalan raja Melaka kepada seorang individu.
"Apa juga bentuk dokumen yang ditunjukkan kepada kita adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima pakai, termasuk sehelai kertas yang kononnya surat pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," katanya dipetik Berita Harian.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya hairan mengapa ada lagi individu yang kurang siuman sekarang ini, malah individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ini tidak dilahirkan di Melaka pun dan saya difahamkan beliau turut menuntut untuk menjadi sultan di beberapa negeri lain.
"Bagaimanapun, saya yakin perkara ini berlaku berikutan Melaka kini sudah nampak kemajuannya dan insiden ini tidak berlaku ketika negeri ini digelar Sleepy Hollow satu ketika dulu.
"Mungkin kerana Melaka pada ketika itu tidak nampak kualitinya, tetapi sekarang bila dah cantik dan menarik, ramai pula yang hendak tuntut,"selorohnya.
Beliau mengulas dakwaan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke-44, dan dikatakan berjaya mendapat pengiktirafan daripada ICJ mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri itu.-Antarapos"
Ini macam punya olang pun idup aaaa....duniya,duniya....
ReplyDeleteINI TERMASOK DALAM KATOGERI GILA YG KE 1002.ENTAH ESOK LUSA RAJA GOPAL PULA ISTIHAR DIRI NUYA SULTAN TG.KELING.
ReplyDelete