Taman Negara Pulau Pinang: Seorang Lemas Dua Masih Hilang.



Makluman awal kejadian lemas di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang pada hari ini 18 Januari 2014 . Makluman awal kejadian adalah satu kumpulan daripada syarikat swasta Oriental Advertising sdn bhd Butterworth telah mendaftar masuk ke Tnpp bagi menjalankan aktiviti di Pantai Keracut jam 10.30 tengahari tadi. 

Menjalankan aktiviti trekking ke Pantai Kerachut. Pada jam lebihkurang 4.00 petang disyaki 5 orang telah lemas. 

Buat masa ini seorang telah ditemui meninggal dunia, dua orang telah diselamatkan sementara dua orang lagi dalam kumpulan tersebut masih hilang. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dua orang yang selamat juga dihantar ke hospital untuk rawatan. 

Operasi mencari dua orang yang hilang sedang dijalankan. Identiti mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Yoga 23 tahun berbangsa India. Ain 21 tahun dan Yati 22 tahun telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada jam 4.30 ptg dengan menaiki ambulans. 


2 orang yang masih hilang dikenali sebagai Ilias 19 tahun dan Asywan Singh 25 tahun. Seramai 12 orang anggota PDRM, 20 anggota dari Pulau Pinang bersama unit scuba, 10 anggota JPAM dan 10 TNPP sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat.-Persatuan Mukabuku

TURUT BERSAMA ADUN BN TELUK BAHANG, SHAH HEADAN SHAH YANG TURUN KE LOKASI KEJADIAN.

No comments:

Post a Comment