Air Asia Menghina Jururawat ; "Lousy"??


Air Asia didesak supaya menarik balik iklan terbarunya di atas pesawat yang didapati menyakitkan hati para jururawat.

Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi : 


“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.

Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.





Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini.

- mynewshub

5 comments:

  1. Antara kerjaya yg sgt aku respek, jururawat dan guru. Walau pun mungkin pendptn tak besar tp tugasnya mulia dan sgt diperlukan. Dan kebnykn yg aku kenal, dua kerjaya ni, walaupun tak kaya tp hidupnya senang. Segelintir kecil yg bermasalah, biasala, apa apa kerjaya pun ada.

    ReplyDelete
  2. Tony fernandes how does it feel to be on the receiving end.

    But this is definitely low. Just pray you do not get sick and have to be hospitalised.

    ReplyDelete
  3. Bila dah senang, kutuklah orang, trend terbaru orang yang terperasan.

    ReplyDelete
  4. Bila dah senang dan kaya, mulalah kutuk orang tak sedar yang dia datang dari mana.

    ReplyDelete
  5. memang lousy pun jururawat malaysia..depa kerja bukan ikhlas mana..sbb duit semata2..aku xrespek mana jururawat ni..perangai bangang lebih kurang jer

    ReplyDelete