Beza antara PRK Kajang dan PRK Balingian (Jika ada) Yang Perlu Anda Tahu.
Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima Tan Sri Adenan Satem berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian tidak boleh disamakan dengan PRK DUN Kajang.
Beliau berkata senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat. Katanya pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.
"Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau.
Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Rabu lepas, Taib yang juga anggota DUN Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Feb ini.
No comments:
Post a Comment