Kisah benar Anak-Anak Pasangan Malaysia di Sweden Yang Didakwa Dipukul Sejak 2010 Terbongkar??


Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010

KUALA LUMPUR: Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.

Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.

Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.

Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.

Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin.-Astroawani


Jadi, adakah kenyataan di bawah yang merupakan pengakuan jiran tertuduh ini benar dan relevan dengan penahanan tersebut??

14 comments:

  1. Apapun kita doakanlah ianya berakhir dgn baik dan memberi pengajaran yg berguna utk semua.

    ReplyDelete
  2. if the charges on them are true then they are the one to be blame.Islam does not teach parents to beat up their children till there are marks on them, even if they do not perform salat.please dont make Islam look so barbaric.anyway please make doa for all muslim; for hidayah from Allah.amin

    ReplyDelete
  3. Anak2 biasanya tak pandai menipu. Collaborated evidence dari keempat-empat anak akan menyabitkan kesalahan.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya anak2 dh balik sekolah di Msia. Camna nk jadi saksi di Sweden?

    ReplyDelete
  5. Takkan undang2 Sweden zalim sangat. Saya dah agak mesti ada cerita besar. Rupa2nya terbongkar. Memalukan orang Islam je.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah lama menetap di Malmo, Sweden, sempadan dengan Compenhagen, Denmark. Secara puratanya, penguatkuasaan adalah ketat tapi sangat rasional dan toleransi, tidak seperti di Malaysia yang dipengaruhi oleh tekanan politik. Pada pendapat saya, pihak Sweden sudah mempunyai banyakbukti dan alibi yang kedua-dua pasangan tersebut memukul bukan untuk tujuan mendidik, tapi lebih kepada melepas geram!

    Walaupun komuniti muslim di Sweden amat kecil, tetapi mereka sangat menghormati kami, lebih-lebih lagi bila mengetahui kami berasal dari Malaysia.

    Pesan saya, jangan jadi munafik dan memperalatkan ugama demi kepentingan diri sendiri!

    ReplyDelete
  7. Entahlah. Kalau teruk didera, knp pulak budak2 tu menangis-nangis rindu kt mak ayah diorg?

    ReplyDelete
  8. Anonymous 9:37,

    Budak yg kena sembelih dgn bapak dia kat bangi tu pun miss bapak dia jugak...
    Tu la nama dia budak, hati bersih lagi..

    ReplyDelete
  9. ni dah kes dera. Rasulllah saw sgt menyayangi kanak kanak. Mak dia memang pendera. Pukul keran tak solat tu alasan je. Their kids know better! Tu sebab la dia hantar anak balik Malaysia sbb taknak dipanggil jadi saksi

    ReplyDelete
  10. ni dah kes dera. Rasulllah saw sgt menyayangi kanak kanak. Mak dia memang pendera. Pukul keran tak solat tu alasan je. Their kids know better! Tu sebab la dia hantar anak balik Malaysia sbb taknak dipanggil jadi saksi

    ReplyDelete
  11. Jangan jadikan alasan tak solat sebagai alasan. Allah Maha Besar. Rahsia sebenar dah terbongkar dah. SHAME ON YOU SHALWATI AND AZIZUL!

    ReplyDelete
  12. Yg pertamanya, kita ni dh jatuhkn hukum cuma berdasarkn status facebook yg kita sendiri x tahu siapa pemiliknya. Yg keduanya, kita ni mudah sgt beri komen sebelum satu-satu benda tu kita betul-betul pasti. Mudah2an kita terpelihara dr dosa yg kita x sedari.

    ReplyDelete
  13. Undang2 sweden memang weird.... kalau sabit bersalah dan hilang hak penjagaan... mereka x dibenarkan untuk menjaga anak2 mereka sehingga merka semua berumur 18 tahun....

    so boleh bayangkan kalau anak2 anda dijaga oleh org bukan islam... dan anda langsung x di beri kebenaran berjumpa mereka semula...

    sebab itu lebih baik bawa pulang anak pasangan tersebut ke malaysia.. sekurang2nya dijaga oleh saudara sendiri...

    ReplyDelete
  14. anon 12 feb 2014 12:38 & 12:42 ... anda org yg sama....anda tak puas hati sebab ada dendam peribadi kan??? sudah2 lah berdendam dengan pasangan ini... sekurang2 nya mereka x talam dua muka macam anda...

    ReplyDelete