Kronologi Kematian Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu. (5 gambar)






Pada malam 14 februari 2014, kehilangan Wan Hariff Rafany Bin Wan Muda No Kad pengenalan 790518 11 5697 yang berjawatan sebagai ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah disedari oleh isterinya ( Norull Shazrina Bt Shafie ) semasa bangun pagi.

 Beliau keluar seorang diri dari rumah dengan menggunakan sebuah kereta miliknya iaitu Audi DCH181 warna silver. Selepas 24 jam kehilangannya, Isteri Wan Hariff Rafany telah membuat report polis. Siasatan telah dijalan oleh pihak polis dan kereta milik mangsa telah di temui di Belakang Pajabat SATU Daerah Hulu Terengganu pada 15 Februari 2014.

 Dan pada jam 11.45 pagi seorang pemancing telah melihat objek terapung di dalam Sungai kampung Tanjin Kuala Berang lalu menghubungi pihak Polis dan Bomba. Apabila Mayat Mangsa di bawa ke tebing sungai dan pemeriksaan awal telah dibuat, terdapat satu ikat anak kunci kereta milik mangsa didalam poket mangsa. Kunci tersebut jelas milik sebuah kerata Audi A4 milik ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

 Selepas itu mayat mangsa telah dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan..

 SALAM TAKZIAH… AL-FATIAH…

No comments:

Post a Comment