Perletakan jawatan Taib Mahmud. PRN dalam masa terdekat dan UMNO Bakal Bertapak Di Sarawak?
Taib Mahmud masih belum menamakan penggantinya. Zahid Hamidi pula kini berada di Kuching bertemu Taib di Wisma Bapa Malaysia. Apakah intipati perbincangan mereka di pejabat Ketua Menteri itu yg turut dihadiri oleh Alfred Jabu, Datuk Amar Abang Johari, Datuk Amar Awang Tengah dan juga Ketua Polis Negara?
Wujud juga spekulasi kemungkinan akan diadakan pilihan raya negeri ke-11 di Sarawak ekoran perletakan jawatan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Namun begitu apabila Taib Mahmud berpesan kpd semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN Sarawak kelmarin supaya Sarawak terus dipimpin oleh pemimpin Sarawak maka muncul satu persepsi kononnya Taib Mahmud mengaitkannya dengan isu kemasukan UMNO?
Aku tidak fikir UMNO wajar ke sana kerana Parti PBB masih utuh dan cemerlang memimpin BN selama ini. Pesanan Taib Mahmud itu adalah untuk kebaikan Sarawak jua dan tidak berbangkit tentang kemasukan UMNO di Bumi Kenyalang.
Semangat lepeh masih tebal..swk ada lebih 25 etnik. .malaya kurang 5 etnik dah riuh macam kandang babi lapar..let us live peacefully. .
ReplyDelete