Gambar terakhir jurutebang MH370 |
KUALA LUMPUR: Dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 dari KLIA menuju ke Beijing yang hilang pada Sabtu lalu didakwa sebagai warganegara Iran, menurut laporan BBC Persia.
Menurut laporan tersebut, rakan kepada kedua-dua penumpang itu yang juga merupakan warga Iran mendakwa, dia telah membantu mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran, beberapa hari sebelum penerbangan mereka ke Beijing.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu membeli pasport curi tersebut kerana mereka mahu berpindah dan menetap di Eropah. Dalam satu sidang media di KLIA semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu bahawa, kedua-dua penumpang tersebut ‘tidak memiliki wajah Asia”. Walaubagaimanapun, Azharuddin tidak menyatakan dengan spesifik kewarganegaraan kedua-dua penumpang tersebut.
Sementara itu, satu laporan oleh Financial Times mengatakan bahawa ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.
Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali". Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad.
Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali. Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu untuk menempah tiket Penerbangan Malaysia kerana dikatakan ketika itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
No comments:
Post a Comment